in

“Last-last kau sendiri kena block” – Zarina Anjoulie Gelakkan Artis Yang Pernah Kutuk Dia Lepas Kena ‘Palau’ Dengan Ogy

gelak5

Baru-baru ini berlaku kemelut antara rakan artis dan pihak produksi yang menjayakan sebuah teater yang berjudul Korupsi Dewan Semandung. Ia bermula apabila mStar Online, melaporkan bahawa penerbit Fauziah Ahmad Daud atau lebih dikenali sebagai Ogy dikatakan gagal melunaskan bayaran baki penulis skrip serta pelakon-pelakon yang terlibat.

Sejak beberapa hari lepas, ramai barisan pelakon teater dikatakan menzahirkan rasa kecewa dengan Ogy menerusi media sosial dan di akhbar-akhbar tempatan kerana ada yang mendakwa dirinya disekat oleh Ogy di Instagram.

 

Dulu masa nak saman aku ada pula duit” – Zarina Anjoulie

Antaranya Vicha, Khir Rahman dan pelawak Azrul Zaidi. Disebabkan kehangatan isu ini beberapa hari lalu, ia membuatkan Zarina Anjoulie bersuara. Bukan lah niatnya untuk nak masuk campur tetapi…

Kalau korang ingat kes kontroversi pasal bantuan artis dulu, Zarina Anjoulie dikecam hebat orang golongan artis ini, antaranya Ogy dan Azrul sendiri, jadi korang tengok video ni.

Ia menerusi kenyataan Ogy menjelaskan bahawa dia mengaku dirinya kini masih belum mempunyai wang untuk langsaikan hutang tersebut.

Itu yang membuatkan Zarina Anjoulie terasa untuk bersuara kerana Ogy dikatakan pernah membuat kenyataan untuk saman dirinya, ia terus menjadi pertikaian seperti mana yang Anjoulie nyatakan dalam video diatas.

Malah, pelawak Azrul yang juga salah seorang pelakon yang menjayakan teater tersebut juga menzahirkan rasa terkilan dengan Ogy dan ini juga respon Anjoulie.

 

Untuk Azrul, padan muka”

Menurut Zarina, Azrul antara orang yang paling lantang ketika kes antara rakan artis dengan dirinya tengah hangat sekitar sebulan yang lepas.

Video ini dikongsikan semula di Twitter dan netizen cukup puas hati bila melihat cara Anjou gelakkan pelakon tersebut.

gelak gelak2

Malah ramai lagi krew dan barisan pelakon yang dikatakan telah disekat oleh Ogy, berkenaan dengan pembayaran Ogy juga ada berkata bahawa dia kini masih sedang usahakannya.

 

Baca : “Budak kecik pun jadi bahan fitnah” – Pergaduhan Belum Reda, Kali Ni Ada Public Figure Fitnah Anak Zarina Anjoulie?

martin