in

Lans Koperal Tembak Kepala Sendiri Dekat Depan Pintu IPD Sebab Tertekan Bergaduh Dengan Isteri

Lans Koperal Bunuh Diri

Seorang anggota polis ditemui mati di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu, lapor Harian Metro. Anggota berpangkat Lans Koperal itu berusia 48 tahun dan dipercayai telah menembak dirinya sendiri kerana tidak dapat mengawal tekanan selepas bertengkar dengan isterinya malam tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Bintulu Superintendan Zulkipli Suhaili, mangsa bertugas dari jam 12 hingga 8 pagi. Namun, pada jam 11 malam dia dikatakan bertengkar dengan isteri kerana masalah kewangan sebelum nekad untuk membunuh diri.

Lans4
sumber: utusan borneo

Dia kemudian menuju ke stor senjata dan mengambil selaras senjata api jenis HK MP5 bersama dengan empat kelopak peluru dan menembak dirinya di depan pintu Cawangan Persenjataan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu pada 12.05 tengah malam.

Sejurus tiba di Cawangan Persenjataan IPD Bintulu, dia mengambil senjata api itu dan mengacukan kepada seorang rakannya sebelum melepaskan beberapa das tembakan dari bahagian bawah dagunya.”

Lans3
sumber: harian metro

Menurut Utusan Borneo, seorang anggota polis lain kemudian menghubungi pegawai atasan untuk tindakan lanjut. Pasukan paramedik tiba di tempat kejadian dan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.

Difahamkan, sebelum ini Lans Koperal itu pernah dikenakan tindakan tatatertib dan digantung tugas pada 9 Ogos 2018 hingga 27 Januari 2019.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Unit Forensik Hospital Bintulu untuk dibedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.”

Baca: Lelaki Ditemui Mati Di Dalam Kereta Dengan Keadaan Telanjang Selepas Bunuh Diri Potong Kemaluan Sendiri

Featured 32