in

“Langkah besar mereka” – Netizen Luar Negara Puji Malaysia Sekat Kapal Israel Sebagai Tanda Solidariti

kapal israel

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pagi tadi, dilaporkan bahawa kerajaan Malaysia mengambil keputusan untuk menyekat dan tidak membenarkan syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel iaitu ZIM daripada berlabuh di mana-mana pelabuhan negara ini sebagai tanda solidariti terhadap Palestin.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kementerian Pengangkutan akan mengambil tindakan segera dengan mengenakan larangan kekal terhadap syarikat berkenaan.


Anwar berkata, kerajaan turut memutuskan untuk tidak lagi menerima kapal yang menggunakan bendera Israel berlabuh di negara ini.

Artikel berkaitan: Puma Bakal Tamatkan Kontrak Dengan Pasukan Bola Sepak Kebangsaan Israel Pada 2024

Pengumuman itu bukan sahaja mendapat pujian dan sokongan rakyat negara ini, malah turut meraih perhatian daripada netizen luar negara.

Seorang pempengaruh media sosial antarabangsa yang juga profesor undang-undang, Khaled A. Beydoun memuat naik berita itu di Instagram miliknya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Khaled Beydoun (@khaledbeydoun)

“Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan perkara ini hanya beberapa jam lalu. Sekatan ini adalah tindak balas terhadap tindakan Israel yang melanggar prinsip asas kemanusiaan dan undang-undang antarabangsa,” katanya yang menulis semula kenyataan Anwar di ruangan kapsyen.

Dalam pada itu, Khaled berkata, ia langkah besar kerajaan Malaysia yang diketuai oleh Anwar.

Perkongsian tersebut menerima hampir 4,000 komen yang rata-rata memuji langkah yang diambil sebagai tanda membantah pembunuhan besar-besaran yang dilakukan Israel terhadap penduduk Gaza.

Screenshot 2023 12 20 174615 Screenshot 2023 12 20 174638 Screenshot 2023 12 20 174724 Screenshot 2023 12 20 174737

Sekadar info, tentera Israel telah membunuh sekitar 19,667 penduduk Palestin sejak serangan tercetus pada 7 Oktober lalu.

Sumber: Instagram, Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.