in

“Kami telah menghentikan operasi” – Laman Sesawang, Media Sosial OceanGate Ghaib Dari Internet

oceangate

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Laman sosial Facebook, Twitter dan Instagram Ocean Gate, pemilik kapal selam yang meletup berhampiran kapal Titanic tempoh hari nampaknya sudah ‘hilang dari radar’ sejak Jumaat lalu.

Bukan itu sahaja, laman sesawangnya juga telah ditutup dan tidak boleh diakses lagi.


Bagaimanapun, sejak bila pihak OceanGate bertindak memadam akaun media sosial dan laman sesawangnya tidak dapat dipastikan.

Laman sesawang OceanGate juga gelap, hanya ada satu notifikasi yang memberitahu pengguna bahawa mereka ‘telah menangguhkan semua operasi eksplorasi dan komersial’.

oceangate 1689340414619 1689340427479 e1689426226102

Sebelum ini, kapal selam OceanGate, Titan telah hilang apabila ia melawat lokasi bangkai Titanic yang terletak hampir empat kilometer (km) di bawah permukaan lautan dan 644 km dari pantai Newfoundland, Kanada.

OceanGate Expeditions mengenakan bayaran sebanyak AS$250,000 (RM1,168,250) untuk tiket tempat duduk menaiki kapal selam pelancongan tersebut.

Namun, OceanGate tetap menggunakan Titan walaupun bekas pengarah operasi marin syarikat tersebut telah menimbulkan kebimbangan mengenai reka bentuk Titan.

Menurut laporan, 5 orang individu turut serta dalam pengembaraan tersebut.

oceangate
Bahagian dalam kapal selam Oceangate, Titan

Antaranya ialah seorang hartawan dan pengembara warga British, Hamish Harding. Selain itu, pelayaran tersebut turut disertai seorang ahli perniagaan warga Pakistan, Shahzada Dawood serta anaknya, Suleman.

Turu serta, seorang pengembara warga Perancis berusia 77 tahun, Paul-Henri Nargeolet dan juga pengasas dan CEO OceanGate sendiri, Stockton Rush.

Selepas beberapa hari kehilangannya, pengemudi dan empat penumpang kapal selam persiaran Titan yang hilang dipercayai maut, lapor agensi berita (dpa) Jerman.

Baca: Kapal Selam Titan Yang Meletup Berhampiran Titanic Katanya Banyak Masalah? Ini Pendedahan Youtuber Mexico

oceangate

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.