in

Lakonan Menjentik Hati, Noorkhiriah Kongsi Pengalaman ‘Masuk’ Liang Lahad Ketika Hari Lahir

noorkhiriah berlakon jadi jenazah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dalam banyak-banyak watak yang dimainkan seorang pelakon, pastinya watak menjadi jenazah adalah yang paling berat untuk dilakonkan.

Perkara ini juga diakui oleh dramatis terkenal, Noorkhiriah yang baru-baru ini berkongsi sebuah video memaparkan dirinya menjadi ‘jenazah’ untuk watak Nor dalam sebuah babak bagi naskhah Seribu Tahun yang kini hangat diperkatakan di media sosial.


images 1

 

Artikel berkaitan: “Tak ada labuci, seutas benang pun tak ada” – Noorkhiriah Terharu Dapat Hadiah Kain Kafan Sempena Birthday

Artikel berkaitan: “Akak sayang van tu banyak tolong orang” – MPV Jenazah Milik Noorkhiriah Rentung

“Sampai kat kubur, akak stuck air mata tak berhenti” 

Menurut Noorkhiriah, dia sendiri yang meminta untuk memainkan babak itu dan mengakui berasa gemuruh ketika berada dalam situasi tersebut.

Saat-saat memasukkan diri ke liang lahad. Akak yang minta dekat Abang Ezad nak masuk liang lahad lepas tu akak lupa. 

“Gemuruh bercampur ‘blur’. Sampai-sampai dekat kubur akak stuck air mata tak berhenti,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @khiriah17

Noorkhiriah juga sempat menitipkan pesan agar mereka di luar sana tidak meninggalkan solat waima kita bukanlah orang yang baik sekalipun kalau masih ada rasa sayang pada diri sendiri.

“Terima kasih Allah atas hadiah yang cukup besar dan izinkan akak masuk ke liang lahad. 

“Dua hari sebelum hari jadi akak, suami hadiahkan kain kapan. Dosa banyak sampaikan Allah beri nikmat ini. Momen ini sangat mahal,” katanya.

Selain itu, Noorkhiriah sempat juga memberi penghargaan buat pengarah drama, Shahrulezad yang memberinya kesempatan untuk melalui momen berharga itu. Menurutnya, semoga penghasilan drama itu menjadi saham pahala buat pengarah tersebut.

Semoga setiap ketukan abang menjadi saham pahala. Di mulut abang juga tidak lekang mengatakan semua ini dilakukan kerana Allah.

“Buat yang menonton dan komen, percayalah watak Nor berdiri atas izin Allah. Tanpa izin-Nya, kaku keras saya tak ke mana, terima kasih Tuhan,” ujarnya lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @khiriah17

Bagi mereka yang menonton drama ini, babak liang lahad itu dimainkan apabila watak ‘Nor’ meninggal dunia selepas mencari akar bunga teratai di tasik.

Drama Seribu Tahun yang dibintangi Emma Maembong, Azhan Rani dan Noorkhiriah telah mendapat perhatian penonton sejak akhir-akhir ini dek kerana plot jalan ceritanya yang lain dari yang lain.

Ada yang tengok tak cerita ni? Best juga! 

Sumber: Kosmo, Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.