Mungkin bagi sesetengah orang, kerjaya sebagai wartawan adalah sesuatu yang mudah sebab dikenali ramai orang dan dapat masuk TV. Namun, realitinya bukanlah seindah yang disangka terutamanya ketika siaran langsung sebab wartawan jugak kena sentiasa alert dengan keadaan semasa.
Macam yang berlaku pada wartawan Rusia ini ketika lintas langsung siaran berita sebab mikrofonnya telah ‘dirampas’ oleh seekor anjing. Video tersebut telah tular di Twitter setelah dimuatnaik oleh pengguna Twitter, @Ozkok_A yang juga seorang wartawan.
A dog in Russia grabbed the reporter's microphone and ran away during a live broadcast pic.twitter.com/R1T8VZ5Kpt
— Middle East Observer (@byz_observer) April 2, 2021
Kejadian itu dikatakan berlaku di Rusia dan boleh dilihat yang wartawan wanita tu terkejut dengan kejadian yang tiba-tiba berlaku ketika dia sedang melaporkan keadaan cuaca di Moscow.
Wartawan yang dikenali sebagai Nadezhda Serezhkina dari Mir TV itu juga telah mengejar haiwan terbabit untuk mendapatkan mikrofonnya semula.
Rata-rata netizen juga terhibur dengan ketangkasan jurukamera sebab dia terus zoom kamera dan ikut pergerakan wartawan dan anjing tu sebaik saja kejadian berlaku.
Namun, walaupun terhibur, ramai netizen salute dengan sikap professional pembaca berita di studio iaitu Elina Dashkueva sebab dia masih tenang walaupun keadaan tengah kalut. Dia kemudiannya berkata kepada penonton,
Nampaknya kita dah terputus sambungan dengan wartawan lokasi. Kami akan cuba untuk berhubung lagi selepas ini ,”
Video tersebut telah ditonton sebanyak 5.4 juta kali di Twitter dan telah meraih 53 ribu Retweet daripada netizen setakat ini.
Mereka kemudiannya kembali bersiaran dan mengatakan tiada sesiapa yang tercedera namun mikrofon tersebut dah berlubang.
Ada netizen yang berpendapat mikrofon tersebut yang berwarna hijau neon telah menarik perhatian anjing sebab ia mungkin nampak benda tu macam mainan.
Kalau korang jadi wartawan ni, apa agaknya reaksi korang?
Sumber: Twitter, Metro UK, MEDIAite
Baca: “Besar gila kura-kura tu” – Kelakar! Video Wartawan Dengan Kura-kura Gergasi Buat Netizen Terbahak