in

“Lain sangat dah” – Wajah Hael Husaini Nampak Berbeza, Netizen Mula Berspekulasi?

Hael Husaini

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penyanyi dan komposer terkenal Hael Husiani semestinya mempunyai peminat yang ramai, hasil-hasil nukilannya bukan sahaja sedap didengar namun ia juga merangkul banyak anugerah termasuklah Anugerah Juara Lagu.

Pelantun lagu Haram itu sering dikenali dengan imej clean look, ala-ala selebriti Korea Selatan, namun sejak kebelakangan ini ramai netizen yang merasakan wajahnya itu agak keterlaluan.


Sebuah video telah tular di media sosial yang memaparkan rupa terkini penyanyi tersebut, rata-rata netizen terkejut dengan perubahan mukanya yang terbaru sehinggakan ada yang berkata wajahnya mirip bintang pop lagenda, Michael Jackson.

https://www.tiktok.com/@ombakkitchen/video/7205224330312027419?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7198342224609445378

Video berdurasi 14 saat itu memaparkan Hael Husaini sedang menjamu selera di sebuah restoran dan video berkenaan sudah semestinya menarik perhatian ramai netizen.

“Tolonglah kembali macam dulu” 

Perubahan fizikal pada wajah Hael Husaini membuatkan ramai yang mula berspekulasi, ada yang mengatakan dia membuat sulam bibir malah ada juga yang mengatakan penyanyi tersebut membuat pembedahan plastik.

Hh

Setakat artikel ini ditulis, masih belum ada apa-apa penjelasan daripada penyanyi pop terkenal itu dan video tersebut sudah mendapat lebih sejuta tontonan.

Harap nyanyian Hael mantap seperti biasa lah…

Baca: “Siap tukar nama Jimin Cheong” – Lelaki Ini Bedah Muka Jadi Oppa Untuk Elak Dicekup Polis

F4 Bedah Plastik

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.