Bila Ramadan berbaki lagi tiga hari ni, memang jalan semua dah mula jammed seawal jam 8 pagi! Bukan tu je, beberapa video update tentang keadaan jalanraya juga banyak dikongsikan oleh orang ramai.
Biasalah kan, kesesakan lalu lintas ni memang tak dapat nak dielakkan lagi-lagi di musim perayaan. Tapi, demi untuk jumpa yang tersayang dan sambut hari raya bersama-sama, lautan jammed pun sanggup diredah. Eh?
Mesti korang terfikirkan macam mana nak hadap jalan yang sesak tapi pada masa yang sama taknak membazir masa dengan pergi ke stesen minyak semata-mata untuk buang air kan? Haa, wanita dari TikTok ni ada tipsnya…
@farhani93 xsabar nak balik kampung🤣#fyp #aksukakencing
Wanita yang dipercayai berasal dari Kelantan ini mendedahkan bahawa jalan sesak menghala ke Pantai Timur dikatakan telah mula sibuk dan mengakibatkan perjalanan dari 8 jam menjadi 14 jam!
“Haa, ni aku punya. Yang lagi 2 ni, anak punya”
Sebabkan tu juga, dia menyediakan pampers orang dewasa buat dirinya manakala dua lampin bayi untuk anaknya. Ujarnya dalam video, keputusan itu dibuat kerana dia merupakan seorang yang kerap buang air.
Perkongsian bersahaja wanita ini telah mendapat perhatian netizen yang rata-rata baru tahu cara tersebut dan mengatakan ia dapat membantu mereka untuk segera sampai ke destinasi. Terhibur min baca komen-komen korang…
Memang lain macam penangan raya kali ni! Min harap semuanya hati-hati balik kampung tau? Selamat Hari Raya!
Baca: “Baru Rabu belum Sabtu Ahad” – Netizen Tunjuk Keadaan Jalan Raya Dah Mula Jammed Teruk