Untuk memasak makanan dalam kuantiti yang banyak, biasanya orang akan menggunakan kuali besar atau periuk kawah seperti yang kita lihat ketika merewang. Tapi korang pernah terfikir tak bagaimana cara chef hotel memasak?
Tular sebuah video di TikTok, seorang chef sedang memasak mihun goreng dalam kuantiti yang banyak.
Menerusi video yang dimuat naik oleh @hasifiothman, tempat masak yang dipaparkan seperti saiz sebuah singki. Malah, ada sebatang paip untuk memudahkan chef tersebut menuang air ketika memasak.
Artikel berkaitan: “Berkilat macam cermin” – Ini Sebab Kenapa Dapur Orang India Sangat Bersih
Artikel berkaitan: “Tak berasap dapur” – Pengacara WHI Dikritik Tak Pandai Siang Ikan, Tapi Ada Yang ‘Back Up’ Sebab…
Dalam video itu juga, dia turut menunjukkan cara membasuh dapur terbabit selepas selesai memasak.
@hasifiothman Tak ada ke open house weekdays 🤔 #FriedMeehoonSiam #TheRealChefLife
Ingatkan singki, rupanya…
Video yang dikongsikan oleh chef terbabit telah meraih perhatian ramai. Rata-rata netizen yang melihat video itu berasa keliru melihat reka bentuk dapur yang digunakannya.
Menurut beberapa individu di ruangan komen, dapur khas itu merupakan tilting pan iaitu sejenis dapur yang mempunyai pelbagai fungsi seperti memasak, menggoreng, memanggang, merebus dan mengukus.
Tilting pan ini banyak digunakan dalam hotel atau restoran besar untuk memasak dalam porsi yang besar. Katanya, harga tilting pan ini juga mencecah puluhan ribu. Fuh!
Perkongsian video itu turut menarik perhatian para suri rumah kerana ia dilihat memudahkan kerja-kerja memasak di dapur untuk seisi keluarga.
Puas betul tengok chef masak guna dapur ni!
Sumber: TikTok