Sejak isu seorang peniaga burger telah dikompaun sebanyak RM50,000 kerana berniaga lebih dari masa yang dibenarkan ketika negeri Kelantan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tular di media sosial, ramai netizen telah meluahkan rasa tak puas hati mereka.
Peniaga tersebut, Wan Mohd Faisal Wan Kadir yang menjalankan perniagaan di depan tangga rumahnya di Kampung Rambutan Rendang itu memberitahu yang dia telah dikompaun pada jam 11.10 malam ketika dia sedang menyiapkan pesanan untuk pekerja kilang.
Ekoran ini, ramai selebriti dan organisasi yang menawarkan diri untuk membantu abang burger menyelesaikan kompaun tersebut.
“Jenis degil memang patut pun kena”
Namun baru-baru ini tular pula di media sosial bila netizen mendedahkan perkara “sebenar” yang berlaku sehingga dorang rasakan Faisal layak disaman sehingga RM50,000.
Didakwa, kedai burger ini sebenarnya sering melanggar SOP sehingga buka kedai sampai pukul 1 hingga 2 pagi sejak dari PKP pertama lagi. Malah kedai ini turut dijadikan port untuk orang melepak sehingga penuh kereta.
Polis pernah datang beri amaran tapi sebab nampak kerek langgar SOP, orang kampung pun buat laporan. Sebab tu dia kena saman sebab langgar SOP.”
Malah, ada juga yang mengatakan sebelum ini Faisal pernah dikompaun RM1,000 namun masih mengabaikan arahan untuk menutup kedai seperti waktu yang ditetapkan.
Tak cukup dengan itu, netizen turut berikan bukti tangkap layar menunjukkan Faisal memberitahu pelanggan yang kedainya buka hingga 4 pagi serta beberapa gambar lain.
Pendedahan ini telah membuatkan netizen berbelah bahagi, ada yang merasakan abang burger ini telah menipu rakyat Malaysia dan ada juga yang masih merasakan jumlah kompaun yang diberikan melampau.
“Tipah tertipulah jawabnya”
“Saman tu tetap tak logik”
Korang rasa macam mana? Walaupun betul dia salah, patut ke kena saman sampai 50k?