in

Lahir Ketika Perintah Berkurung, Bayi Kembar Di India Dinamakan Corona & Covid

Untitled Collage 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ada orang kata, kalau baik maksud nama yang diberikan kepada seseorang itu — maka akan baik jugalah perangai dan akhlaknya. Itu kata oranglah. Dan dalam Islam, memang dianjurkan untuk ibu bapa menamakan anak mereka dengan maksud yang baik-baik.

Tapi, macam mana pula kalau ada yang menamakan anak mereka dengan nama-nama virus? Pelik kan? Itulah realiti yang berlaku di India, apabila sepasang bayi kembar yang dilahirkan ketika fasa perintah berkurung — telah diberikan nama Corona dan Covid oleh ibu mereka!


040320 News Twins

Astro Awani melaporkan, satu pasangan suami isteri di Raipur menamakan bayi kembar mereka dengan nama itu sebagai simbolik kemenangan dalam menghadapi kesukaran.

Si ibu, Preeti Veerma dilapor melahirkan kembar itu pada 26 Mac lalu ketika seluruh India sedang berada dalam fasa perintah berkurung susulan penularan wabak COVID-19.

Katanya lagi, ambulans yang membawanya ke hospital telah ditahan pihak polis di beberapa sekatan jalan raya. Jadi sempena itu, pasangan ini mahu menjadikan hari kelahiran kembar mereka sebagai hari yang tidak dapat dilupakan — maka tercetuslah idea untuk menamakan kembar mereka Corona dan Covid.

Keputusan pasangan tersebut bagaimanapun mencetuskan persoalan orang ramai di media sosial.

1 1

2 2

3 2

4 2

Baca: “Rela jadi mayat” – Lelaki Palsukan Kematian Sendiri, Sebab Nak Ambulans Hantar Balik Kampung

Capture

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.