in

“Lah, nama tempat rupanya” – Sweden ‘Pinjam Semula’ Nama Perabot Dari IKEA Dalam Kempen Pelancongan Terbaru

Ikea Reclaim 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa biasa masuk IKEA pastinya korang akan perasan yang setiap barangan di dalam kedai yang terkenal dengan menjual barangan perhiasan rumah dan perabot daripada Sweden ini mempunyai nama yang unik.

Walaupun nama-nama berkenaan agak pelik dan kadangkala sukar disebut oleh kita di Malaysia ni, namun sebenarnya nama-nama tersebut sebenarnya ‘biasa’ bagi orang Sweden, malah, kebanyakan nama yang digunakan adalah nama tempat atau destinasi terkenal di sana.


Sebagai contoh, nama alat pembersih tandas, Bolmen sebenarnya merupakan tempat yang mempunyai tasik di kawasan Smaland, selatan Sweden.

Ikea

Contoh kedua, Toftan yang merupakan nama bakul sampah yang dijual di IKEA sebenarnya merupakan sebuah kawasan tasik yang sangat cantik manakala Smaland, merupakan kawasan gugusan kepulauan dengan lebih 2000 pulau kecil yang menjadi pilihan IKEA untuk salah satu model lampu.

Ingin ‘mengambil semula’ nama berkenaan dari IKEA, sebuah kempen ‘Discover the Originals’ telah diadakan oleh lembaga pelancongan Sweden bagi memberikan kesedaran kepada orang ramai tentang nama-nama yang digunakan ini sebenarnya nama tempat yang terkenal dan menarik di Sweden.

kallax

Menurut Ketua Pegawai Pemasaran Visit Sweden, Nils Person berkata, kempen berkenaan diadakan bukan bertujuan untuk ‘bergaduh’ atau iri hati terhadap syarikat perabot berkenaan malah mereka tumpang berbangga kerana tempat-tempat di Sweden menjadi terkenal setelah ‘dipinjamkan’ sebagai nama pekakas IKEA.

“Sudah tiba masanya untuk orang ramai tahu ‘asal usul’ nama tempat yang dipinjam oleh IKEA ni”

Punyalah kuat pengaruh IKEA, sekiranya nama tempat atau destinasi berkenaan dicari menerusi Google, apa yang keluar dahulu adalah senarai gambar perabot dan bukannya destinasi yang dimaksudkan.

IKEA

Misal contoh, kalau buat pencarian tentang ‘Kallax’ apa yang keluar adalah senarai harga barangan tersebut dan laman web IKEA padahal, Kallax sebenarnya adalah sebuah kawasan persisiran pantai di Sweden yang terkenal.

Menurut laman web ‘Visit Sweden’ terdapat 21 destinasi yang ingin ‘mengambil semula’ nama mereka dari IKEA. Baru tahu sebenarnya ia adalah nama tempat! 

Baca : “Pulangkan dan kami akan refund”- IKEA Minta Pelanggan Henti Guna Produk HEROISK & TALRIKA Serta Merta

Ikea News 1

Sumber: CNN
Sumber: Visit Sweden
Sumber: Google

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.