in

“Lagu tu mengenai saya” – Ning Baizura Cerita Di Sebalik Lagu ‘Awan Yang Terpilu’

syaz ft 2025 07 14T132449.445

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Umum mengetahui lagu nyanyian artis terkenal Malaysia, Ning Baizura yang berjudul, Awan Yang Terpilu.

Lagu yang dilancarkan pada tahun 2004 itu memenangi banyak anugerah termasuklah lagu terbaik bagi Anugerah Industri Muzik ke-12 (2005).


Pun begitu, baru-baru ini Ning Baizura dalam satu rancangan audio siar mendedahkan cerita di sebalik lagu hit itu.

Artikel berkaitan: Ning Baizura, Reshmonu Antara 14 Peserta Gegar Vaganza Musim Terbaru!

Artikel berkaitan: Viral Isu Majlis Selawat Tapi Terselit Lagu Dua Lipa & Bollywood, Ustaz Firdaus Buat Permohonan Maaf

Menurutnya, lagu itu ditulis oleh Allahyarham Rosli Khamis yang lebih dikenali sebagai Loloq, Ning Baizura berkongsi Loloq hanya memerlukan 4 minit untuk menulis lirik lagu tersebut dan tiada sebarang perubahan dilakukan.

@musicbliss_malaysia

Biar betul Allahyarham Loloq tulis lagu “Awan Terpilu” dalam masa 4 minit? Ning Baizura kongsikan kisah di sebalik proses penulisan lagu ikonik ini. Saksikan episod penuh di YouTube Channel Music Bliss! Link di Bio #musicbliss #themusicshopthatexcites #musicnotespodcast #podcast #muzikmalaysia #ningbaizura

♬ original sound – Music Bliss Music Store MY – Music Bliss Music Store MY

Ning Baizura berkongsi lagu itu mengisahkan cerita peribadinya sendiri, di mana bapanya tidak pernah menonton persembahannya sehingga akhir hayatnya.

“Bila saya tengok video klip lagu itu, orang yang buat storyline macam tahu tahu je cerita aku. Satu scene dalam tu saya sujud kat kaki dia (ayah) saya nak keluar dari rumah.

Saya sujud kat kaki dia nak keluar rumah, dia  tak restu,” kongsi Ning.

Sebagai info bapa kepada Ning Baizura meninggal pada tahun 2017, akibat sakit tua.

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.