Walaupun baru lima hari umat Islam menunaikan ibadah puasa, namun lagu-lagu raya sudah pun kerap dimainkan di sana-sini. Kalau scroll TikTok lagi lah… Memang terus in mood nak raya, dengan orang share resepi kuih raya lagi!
Tak dinafikan, lagu-lagu raya pada zaman dahulu lebih menusuk kalbu malah pendengar dapat merasakan vibes pulang ke kampung untuk beraya setiap kali ianya berkumandang di radio.
Baru-baru ini, perkongsian penyanyi dan juga komposer, Ajai telah memuat naik proses rakaman bersama penyanyi yang sangat sinonim dengan lagu raya iaitu Sanisah Huri di Instagramnya @byajai.
https://www.instagram.com/p/Cb-T0hzhHiX/
Ternyata pertemuan mereka berdua bukanlah untuk lagu raya terbaru, sebaliknya ia merupakan sesi rakaman semula lagu-lagu raya nyanyian Sanisah Huri namun dengan alunan muzik dan bunyian yang baru dari Ajai.
Antara lagu-lagunya yang diberi nafas baru adalah:
1. Joget Aidilfitri
2. Aidilfitri
3. Bersabarlah Sayang
“Suara memang bagi feeling raya”
Di kapsyen yang ditulis, Ajai meluahkan rasa teruja dan terima kasihnya kepada penyanyi legenda itu selepas memberi peluang kepadanya untuk merakam semula lagu-lagu tersebut.
“Vocalnya masih lagi seperti dulu kala.. mcm bunyi dalam piring hitam??Terima kasih untuk kenangan terindah ini ?❤️” – Tulis Ajai
Tak kurang juga komen-komen dari netizen yang mengatakan mereka membesar dengan mendengar lagu-lagu raya dari Sanisah Huri malah masih lagi menjadi pilihan hati mereka sehingga ke hari ini.
Seronoknya min dengar, lagu wajib ni! Terus terbayang busy kat dapur masak rendang, pasang langsir… Apa pulak lagu raya favourite korang yang wajib dengar masa raya?
Baca: “Kita restart raya 2021″ – Netizen Teruja Boleh Rentas Negeri, Siap Minta Mainkan Lagu Raya