in

Lagu Exist Kembali Tular Sebab Ramai Kata Lagu Tentang ‘Resign’, Rupa-rupanya…

Syaz Ft 2024 10 28T152043.753

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau anda banyak meluangkan masa di TikTok, pasti tahu tentang lagu Alasanmu nyanyian band terkenal tempatan iaitu Exist kembali tular meskipun lagu itu dilancarkan pada tahun 1995.

Di media sosial, ramai yang membuat andaian lagu itu bukanlah lagu untuk mereka yang gagal dalam percintaan sebaliknya ia lebih sesuai untuk mereka yang ingin berhenti kerja, khususnya pada bait lirik berikut;


“Engkau pastinya tersenyum dengan pengunduran diriku.Tetapi bagiku pula suatu ketenangan.”

Artikel berkaitan: Berkabung Menyanyi Lagu Liam Payne, Tindakan Sekumpulan Wanita Tarik Perhatian Netizen

Artikel berkaitan: Fattah & Fazura Lancar Lagu Duet Berjudul ‘Bertahan Demi Cinta’, Netizen Kata ‘Timing’ Tak Kena

Pun begitu, dalam satu rancangan audio siar oleh radio Sinar, kumpulan Exist menjelaskan maksud sebenar lagu yang merupakan tulisan Lukhman S dan dikompos oleh Rahim Othman.

@sinar_my

Ramai cakap sampai viral kat Tiktok yang Alasanmu ni lagu pasal berhenti kerja. Betul ke tak? Ada cerita rupanya! #SINARKongsi #BorakSelebriti #fypシ゚ #fyppppppppppppppppppppppp #xyzbca #exists

♬ original sound – SINAR – SINAR

Dalam rancangan itu, anggota Exists iaitu Ezad Lazim, Musrad dan Along menjelaskan cerita di sebalik lagu yang tular itu.

“Sebenarnya Abang Lukhman penulis lirik lagu ini, dia seorang yang sangat sensitif, dia orang yang mementingkan budi bahasa, kalau awak rasa budi bahasa awak tinggi dia lagi tinggi.

Jadi masa itu saya tak tahu dia kerja di mana sebelum itu, tapi pada ketika itu dia PR BMG,” kata Musrad.

Pemain bass Exist itu berkata, pada ketika itu Lukhman S masih baru di syarikat rakaman tersebut dan mungkin mempunyai ketidak sefahaman dengan mereka yang lebih senior.

“Dekat BMG saya berkenal dengan dia (Lukhman S) sekejap, bila lagu tu siap, saya ada modify sikit, untuk rasa lagi ngam.

Tak lama lepas tu memang dia dah tak ada dekat BMG maksudnya memang betul lah dia resign,” kongsinya lagi.

Pun begitu, menurut Harian Metro, pendedahan yang diberikan oleh kumpulan Exist itu belum dapat disahkan kerana Lukhman S sendiri masih belum dapat dihubungi.

Sumber: TikTok, Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.