in

“Lagi sakit daripada jahit beranak” – Shuhada Ditumbuk 3 Kali, Luka Sedalam 0.3mm

ft shuhada ditumbuk 3 kali

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti yang kita sedia maklum, berita tergempar mengenai pergolakan rumah tangga antara pelakon Hafidz Roshdi dan Nurul Shuhada menjadi perbualan hangat sejak beberapa minggu lepas.

Bermula daripada orang ketiga, lafaz cerai dan Shuhada dikasari oleh pelakon Melastik Ke Hatimu itu sehingga Shuhada dikejarkan ke wad hospital. Sementara itu, Harian Metro melaporkan bahawa pelakon berusia 29 tahun telah ditahan pihak polis atas tindakannya itu.


 

3 kali ditumbuk, lebih 10 jahitan

Susulan itu, Shuhada telah ditemubual oleh Melodi berkenaan dengan kes ini. Kata Shuhada, dia telah menjelaskan perkara ini kepada pihak polis. Shuhada turut mengucapkan terima kasih kepada pihak Hospital Selayang yang melayan dirinya dengan baik sepanjang tempoh mendapatkan rawatan di situ.

Dengan nada sebak, Shuhada menceritakan semula detik dia dengan doktor membincangkan perihal parut kekal yang dia terima.

“Tak apa lah mungkin ini peringatan untuk saya, hadiah hari jadi saya ke 29.”

Jelas Shuhada, akibat tumbukan itu, dia menerima lebih daripada 10 jahitan untuk luka sedalam 0.33mm. Katanya lagi jahitan di pipinya itu lagi sakit daripada sakit jahitan beranak.

Ketika disoal samada Hafidz ada meminta maaf atas tindakannya itu atau tidak, Shuhada menjawab dengan menyatakan bahawa dia tak tahu akan keikhlasan Hafidz mengenai perkara itu.

Dalam pada itu, Shuhada menyatakan bahawa dia memilih untuk bersikap rasional mengenai hal pihak ketiga dalam rumah tangganya.

“Dengan pihak ketiga pun, saya takkan menjatuhkan maruah saya, dengan nak pergi tarik-tarik rambut, kalau ada sesiapa yang mengatakan Shu yang menyebar fitnah, Shu takkan buat macam tu.”

Sebelum ini, ahli keluarga Shuhada ada mengesahkan bahawa dia telah ditumbuk oleh Hafidz Roshdi sehingga cedera.

Baca : “Tak sangka ini hadiah ulang tahun” – Shuhada Terima 10 Jahitan Lepas Ditumbuk Hafidz Roshdi

shuhada terima 10 jahitan

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.