Hujung minggu lalu, konsert pertama Big Stage musim ke-5 diadakan dan telah mendapat perhatian ramai, antara penaja terbesar ialah Wawa Cosmetics yang dimiliki oleh pasangan usahawan selebriti Aeril Zafrel dan Wawa Zainal.
Sebelum ini, pasangan itu memberitahu mereka tidak takut melabur jutaan ringgit untuk program tersebut bagi memperluaskan lagi empayar perniagaan mereka.
Pun begitu, ada individu yang mengkritik keputusan pasangan selebriti itu kerana mereka menaja program berkenaan sedangkan kekayaan mereka itu boleh menaja program lain yang lebih menjurus kepada keagamaan.

Namun tanpa melatah, Aeril Zafrel mengeluarkan kenyataan respon terhadap individu berkenaan dan menghargai teguran itu.
https://www.instagram.com/p/CsDNN5brl5u/
“Sebagai peniaga kami memang harus keluarkan modal untuk marketing, mungkin ada yang tak faham sebagai seorang peniaga,marketing ini perlu.
Ini adalah untuk membantu reseller kami meningkat kan jualan sekaligus membantu menaiktaraf kehidupan mereka.
Mengenai dengan amalan, biar lah antara saya dengan Tuhan dan bukan menjadi fokus utama kami untuk sering berkongsi post dekat laman sosial,” tulisnya.
Sebagai info, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal merupakan artis pertama yang menaja program rancangan realiti nyanyian Astro tersebut.
Korang tengok ke Big Stage haritu?
Baca: “Memalukan!” – Tak ‘Respect’ Peserta Dari Korea, Pengacara Big Stage Dikecam Netizen?

