in

Lagi Binaan ‘Gila’ Oleh Arab Saudi, Kiub Gergasi Emas Bakal Jadi Binaan Terbesar Dunia

Cats 54

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini, Arab Saudi mengumumkan pembinaan projek mega iaitu dua bangunan bercermin selari yang tingginya hampir 500 meter dan 170 kilometer panjang. Projek yang dikenali sebagai Mirror Line ini akan dibina merentasi padang pasir dan dianggarkan bernilai AS$ 1 trilion.

Terbaharu, Arab Saudi sekali lagi akan membina mercu tanda ‘gila’ setinggi 1,300 kaki atau kira-kira 396 meter. Bangunan ini bersaiz kiub dan dikatakan akan menjadi satu struktur binaan terbesar di dunia.


Saudi Arabia Unveils Design For The Mukaab A Large Scale Cube Shaped Skyscraper In Riyadh 1

Mukaab

Mercu tanda yang dikenali sebagai Mukaab ini akan menjadi sebahagian daripada projek pusat bandar moden terbesar dunia iaitu Murabba Baharu. Mukaab akan menjadi salah satu pembangunan di bandar ini dan digambarkan sebagai destinasi imersif pertama di dunia.

Difahamkan, sebuah menara akan dibina di dalam kiub gergasi itu. Bangunan itu akan menjadi destinasi perhotelan premiun dengan pelbagai tarikan seperti kebudayaan, pelancongan, pusat rekreasi dan macam-macam lagi.

960X0

Perdana Menteri dan Pengerusi Syarikat Pembangunan Murabba Baharu (NMDC), Putera Mahkota Mohammad Salman Abdulaziz berkata pembinaan ini selaras dengan Wawasan Saudi 2030. Wawasan ini bertujuan untuk mengurangkan pergantungan negara terhadap minyak dan mempelbagaikan lagi ekonomi.

Menurut pemaju, kawasan ini akan menawarkan pelbagai fungsi serta memiliki sistem pengangkutan dalamannya sendiri. Malah, lokasinya terletak hanya 20 minit dari lapangan terbang.

Dengan pembinaan Mukaab dan Mirror Line, Arab Saudi boleh dikatakan maju dari segi teknologi dan misi untuk rakyat mereka. Mungkin lepas ini mereka akan cipta kereta terbang pula?

Kredit: Harian Metro

BACA: 7 Bangunan Di Dunia Dengan Rekaan Unik, Macam Mana Mereka Bina?

Cats 53

Sumber: ArchDaily
Sumber: Forbes

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.