Sekarang ni, selalu kita tengok ramai pasangan kekasih yang saling beri hadiah kepada masing-masing dekat laman sosial. Dah macam jadi trend pula, bila nak bagi hadiah lepastu record than viral.
Terbaru, tular di laman Twitter mengenai seorang lelaki yang memberi hadiah serta luangkan masa selama 3 hari bersama rakan baiknya.
https://twitter.com/poxjaxx/status/1196077614902808577?s=20
Menurut perkongsian di Twitter oleh @poxjaxx, dia telah menggunakan cuti selama 3 hari untuk pergi berjumpa dengan kawan baiknya itu dan meluangkan masa bersama.
Tambahnya, mereka sudah berkenalan sejak berumur 5 tahun dan cukup mengenali antara satu sama lain.
Jadi, antara aktiviti yang mereka berdua buat sepanjang berada di Shah Alam ialah, pergi ke Jumpstreet Asia, bermain besbol, dan mandi kolam.
Tapi moment yang paling mencairkan netizen adalah semasa lelaki ini memberi hadiah kasut kepada kawan baiknya itu sempena hari jadinya.
Dia turut berkata, kasut kepunyaan kawannya itu telah uzur dan dia berhasrat hendak menghadiahkan sepasang kasut sukan baharu sempena ulang tahun kelahirannya.
Perkongsiannya ini mendapat perhatian netizen yang rata-rata mencemburui friendship mereka berdua.
Brotherhood dia lain macam!
Wah betul-betul lain macam dia punya brotherhood ni!