in

“Kutiplah, halal2” – Lori Sotong Terbalik Di Tepi Highway, Orang Ramai Serbu Kutip Sotong Percuma

Candat Sotong Tepi Jalan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tular satu video di laman TikTok semalam memaparkan gelagat orang ramai mengambil kesempatan ‘mencandat sotong’ dari sebuah lori yang terbalik di tepi persimpangan Elmina, Lebuh Raya Guthrie (GCE).

Menerusi video itu, kelihatan orang ramai memberhentikan kenderaan mereka di tepi jalan dan membawa keluar plastik masing-masing untuk mengisi sotong yang sudah terjatuh dari bekasnya ke atas tanah.


Artikel penuh: “This is Malaysia” – Netizen Terharu Lihat Orang Malaysia Ramai-ramai Bantu Pak Cik Kutip Tin

Artikel penuh: Lepas Agih Ayam Percuma Di Bukit Bintang, Kali Ini Geng Bertopeng Edar Telur Ayam Percuma Pula Untuk Orang Ramai

Pemilik lori sudah beri kebenaran

Meskipun ada yang mengecam tindakan individu yang mengutip sotong-sotong tersebut sebagai satu kesalahan, seorang pengguna TikTok memaklumkan bahawa pemilik lori terbabit telah memberi kebenaran kepada orang ramai untuk mengambil sotong tersebut dan ‘menghalalkannya’.

Lori sotong terbalik taukey lori cakap kutiplah, halal-halal,” tulisnya.

@faifie_jps

candat sotong × kutip sotong ✓ lori sotong terbalik taukey lori cakap kutip lah halal2 sotong bukancandatsotong rezeki rezeki1julai

♬ Tong Ting Tong – Ezza Junior

Perkongsian itu mendapat pelbagai komen daripada netizen yang mana rata-rata memuji sikap pemilik lori dan bersyukur kerana mendapat rezeki tidak disangka-sangka.

Murah Rezeki

Moga murah rezeki pemilik lori sotong ni! 

Sumber: TikTok, X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.