in

Kura-Kura Mati Tinggal Tulang Lepas Ditinggalkan Selama 8 Bulan Akibat Covid-19

Cats 8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Masihkah anda ingat pada fasa awal Covid-19 yang melanda satu dunia pada awal tahun ini? Banyak negara di dunia yang mengumumkan perintah berkurung dan menutup sempadan negeri bagi mengurangkan risiko jangkitan.


Ekoran itu, ramai yang terkesan kerana tidak dapat pulang ke rumah masing-masing. Bukan manusia sahaja yang terkesan, haiwan jalanan juga ditimpa nasib malang apabila tiada lagi orang yang boleh memberikan mereka makanan. Kesannya, banyak haiwan jalanan yang mati akibat kelaparan.

Turut menerima nasib yang sama, seekor kura-kura ditemui mati selepas ditinggalkan terlalu lama oleh tuannya. Lebih menyedihkan, kura-kura tersebut ditemui dalam keadaan yang mengerikan apabila hanya tulangnya yang tinggal.

2 6

Menurut sumber, seorang pelajar dari Wuhan pada mulanya telah meninggalkan makanan yang cukup untuk haiwan peliharaannya bertahan selama 40 hari, sebelum dia meninggalkan bandar Wuhan pada 11 Januari lalu.

Ketika pelajar tersebut mahu pulang ke rumahnya selepas 40 hari cuti semester, bandar Wuhan telah ditutup akibat perintah berkurung, kesan daripada kes Covid-19 yang semakin meningkat.

3 3

“Sebelum pulang ke rumah, saya sudah bersedia dari segi mental untuk berjumpa dengan kura-kura. Saya tahu dia takkan hidup sepanjang perintah berkurung ini”, ujar pelajar tersebut.

Tonton video berkenaan penemuan tulang kura-kura tersebut di sini:

Selepas pulang ke rumahnya pada 31 Ogos, dia mendapati kura-kura tersebut sudah mati dan hanya tinggal tulang di lantai balkoni.

Sebagai kenangan, pelajar tersebut akan menyimpan tulang tersebut di meja belajarnya.

Sumber: Mothership

 

BACA: “Dunia melihat tapi tak mampu buat apa-apa” – [Video] Ratusan Haiwan Mati Bergelimpangan Di Tepi Jalan Australia

Capture 13

 

 

 

 

 

Sumber: Youtube
Sumber: Youtube

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.