Perasan ada bau pelik masuk rumah tak sangka rupa-rupanya ada mayat, lebih memilukan lagi anaknya yang baru berusia 14 hari menangis di sisi.
Difahamkan mayat Fauzi dah membusuk selama beberapa hari di dalam rumah.
Waktu ditemukan, polis yang menggendong sampai menangis. Karena anak ini, tiga hari tidak makan dan minum. Untung masih hidup”
https://www.instagram.com/p/B1KocEQn-I6/
Jenazah Fauzi ditemui saat jiran tetangga memeriksa rumah Fauzi kelmarin, memandangkan rumah mereka berkunci mereka terpaksa rempuh pintu rumah
Mereka mendapati anaknya dalam keadaan lemah dan sedang menangis sambil memeluk jenazah ayahnya yang sudah membusuk di dalam bilik.
Lapor Tribun, kulit jenzah dah mula kehitaman sampai tertempel di pipi dan pakaian anaknya. Pihak polis sendiri tak tahan rasa sebak melihat keadaan bayi itu sebab dia dipercayai tak makan minum selama 3 hari.
Tambah sumber lagi, Fauzi hanya tinggal berdua dengan anaknya kerana isteri bekerja di Taiwan sebagai pembantu rumah.
Kali terakhir nampak Fauzi malam hujung minggu lepas – Jiran
https://www.instagram.com/p/B1KXpP6nabe/
Menurut jirannya lagi, anaknya kelihatan seperti dehydrated saat dia ditemui. Mereka memberikan air gula dan susu kerana kelihatan sangat lemah.
Anaknya kini sedang dijaga oleh jiran sementara nak menunggu kepulangan ibunya dari Taiwan. Bagaimanapun, punca kematian Fauzi masih belum diketahui.