in

“Kucing ni rosak ke” – [VIDEO] Netizen Cemburu Tengok Si Bulus ‘Behave’ Masa Mandi

page1 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Min pasti kat sini mesti ramai pencinta kucing, kan? Sudahlah gebu, manja, kadang-kadang banyak perangai pula tu. Itu yang buat kita lagi geram tu!

Tapi, sesiapa yang pernah atau sedang membela kucing mesti tahu betapa seksanya nak mandikan si bulus ini.


Macam-macam ragam yang ditunjukkan kalau sampai masa mandi ni. Ada yang mengiau kuat, ada yang terus menggelupur lari, malah ada yang mula cakar tuan dia balik! Haih, macam-macam caralah diorang buat nak tunjuk protes.

Yang peliknya, baru-baru ni Min terjumpa satu video di Tiktok di mana kucing ini sangat behave ketika mandi bersama tuannya.

Melalui video yang dikongsi pengguna @hanizlee itu, kucing bertompok kelabu itu dimandikan dalam sebuah besen oleh tuannya di awal pagi.

Si bulus itu dilihat langsung tidak melawan apabila disiram air ke badannya, sebaliknya hanya memandang sekeliling seperti tiada apa berlaku. Eyyy geram! Dah lah mata tu bulat je!

Klip tersebut tular dengan jumlah tontonan lebih 1 juta dan melebihi 200 ribu like di Tiktok.

Menjenguk ke ruangan komen, rata-rata netizen mula cemburu dengan kelakuan ‘sopan’ kucing tersebut dan membandingkan dengan si bulus mereka yang tak tenang setiap kali mandi. Sabar semua, sabar…

12 2 10 14 2

Lebih menghiburkan, ramai pengguna lain menganggap bahawa kucing ini telah ‘rosak’ dan perlu dibaiki dengan segera. Ada yang suruh restart, ada juga yang suruh rendam dalam beras. Adoi… ingat handphone ke?

13 28 61 69 4

Comel gila,kan? Mesti best je dapat kucing yang behave macam ni. Macam mana sekalipun, terima dan sayangilah si bulus korang tu seadanya, okay?

Baca: [VIDEO] Lawak! Niat Minta Tolong Kucing Jiran Halau Tikus, Rupanya Dia Pun Lari!

7 8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.