in

“Kuatnya hati seorang ibu” – Ramai Sebak Kisah Wanita China Berniaga Tepi Jalan Demi Tampung Rawatan Anak

sedih wanita china anak sakit

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ibu mana yang tak sayangkan anak, kan? Walau apa pun dugaan yang menimpa, seorang ibu akan tetap berkorban dan berusaha demi memastikan kebajikan anak-anak terjaga.

Nilai inilah yang dipaparkan oleh seorang wanita dari China yang dikenali sebagai Lin Jing, yang mana videonya kini mendapat perhatian netizen di aplikasi Xiaohongshu (XHS).


Artikel berkaitan: “Hilang ingatan kerana alami komplikasi” – Wanita Kongsi Detik Ibu Jadi OKU Lepas Bersalin Anak Ke-18

Artikel berkaitan: “Tapi sakit, kakak tak kuat” – Rintihan Kanak-kanak Pesakit Kanser Dekat Ibu Undang Rasa Pilu Netizen

Kisah sedih Lin Jing yang ‘ditinggalkan’ suami 

Menerusi video tersebut, seorang blogger dari China dillihat berkunjung ke sebuah kedai tepi jalan yang diusahakan Lin Jing.

Lin Jing yang mendukung anaknya dari belakang itu kelihatan ceria melayan pelanggan sebelum soalan yang ditanyakan blogger itu menyentuh hatinya dan membuatkan dia menceritakan kisah hidupnya yang sedih.

Awak masih bawa anak ke kedai walaupun dalam cuaca sejuk ini? Di mana ayahnya?” tanya blogger itu.

“Bapa anak ini sudah tidak mahukan anaknya,” kata Lin Jing sambil tersenyum menyembunyikan kesedihan.

Menurut wanita itu, semua disebabkan anak lelaki sulungnya yang menghidap masalah jantung sejak lahir. Disebabkan penyakit itu, dia memerlukan banyak wang demi merawat anaknya yang sakit.

Stress dengan masalah yang dihadapi, suami pertama memilih jalan untuk menamatkan riwayat sendiri dengan terjun ke dalam sungai.

Anak saya sudah jalani dua pembedahan. Lepas Spring Festival, dia akan jalani pembedahan ketiga,” katanya.

Menurut Lin Jing lagi, dia menampung rawatan anaknya dengan menjual makanan di tepi jalan. Lebih menyedihkan lagi, Lin Jing juga kini bakal berpisah dengan suami keduanya kerana keluarga mentua kurang senang dengan keadaan anak sulung yang sakit.

Anak ini (bayi yang didukung di belakang) adalah anak dari suami sekarang. Dulu saya baik dengan dia. 

“Tapi disebabkan saya bawa anak yang sakit ini tinggal dengan keluarganya (mentua), keluarga itu tidak dapat terima. Jadi kami sekarang dalam fasa untuk berpisah secara paksa,” katanya.

lin jing 1

Lin Jing juga mengakui yang dia masih mengumpul wang untuk rawatan anaknya, namun hospital di Beijing sangat membantu.

Simpati dengan dugaan yang menimpa wanita itu, blogger berkenaan dilihat memberi sejumlah wang dan juga hadiah buat wanita itu.

Lebih menyentuh hati apabila wanita itu menangis kegembiraan, anaknya yang sakit itu kelihatan menyapu air mata ibunya dan ikut bersedih juga.

Adik, semoga kamu membesar dengan sihat dan jaga ibu kamu, ya,” kata blogger itu di akhir video.

Blogger itu juga mendedahkan Lin Jing yang berusia 28 tahun ini dahulunya pernah bekerja di sektor pembinaan dan seorang wanita yang ceria. Namun semuanya berubah selepas dia berkahwin dan mempunyai anak.

lin jing com

“Dia bercerita sambil ketawa, cuba sembunyikan sengsara…” 

Video yang dikongsikan di aplikasi X itu juga telah mendapat perhatian netizen yang sebak dengan dugaan hidup dilalui Lin Jing.

Rata-rata netizen meluahkan rasa sedih mereka melihat ketabahan wanita ini dan memberi kata-kata semangat agar Lin Jing kuat dalam menghadapi dugaan hidup.

sedih ibu ini

Tak pasal-pasal bengkak mata min menangis tengok video dia ni. Sedih sangat! 

Sumber: X, XHS

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.