in

“Kuat betul gigi dia”- Wanita di China Gigih Kunyah Wayar Kabel Semata-mata Untuk Curi iPhone

F2 Gigit Wayar Untuk Curi Iphone

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Disebabkan harga telefon pintar keluaran Apple iaitu iPhone dijual dengan harga yang sangat mahal berbanding jenama lain di pasaran, ramai di antara kita yang perlu menabung selama berbulan-bulan sebelum memiliki telefon tersebut.

Namun, seorang wanita di China ini pula sanggup menggigit dan mengunyah kabel anti curi yang dipasang pada iPhone di sebuah kedai telefon semata-mata untuk memiliki telefon berkenaan tanpa membelinya dengan wang sendiri.


4 1

Memetik laporan Mothership.sg, telefon pintar berkenaan difahamkan bernilai 7,000 yuan (lebih kurang RM4,459) kerana ia merupakan iPhone keluaran terbaru iaitu iPhone 14 Plus.

Tindakan wanita itu telah sempat dirakam oleh kamera litar tertutup yang dipasang di premis kedai itu.

Difahamkan, wanita itu pada mulanya dilihat berhenti di depan meja pameran di mana iPhone itu diletakkan sebelum dia meletakkan tangannya pada telefon berkenaan.

Artikel berkaitan: Peguam Kongsi Kisah Sedih, Ibu Ditahan Curi ‘Pencil Box’ Sebab Nak Beri Hadiah Anak Dapat No. 1 Di Sekolah

Dia kemudiannya memerhatikan telefon itu terlebih dahulu sebelum akhirnya memutuskan untuk menggigit wayar yang disambung pada iPhone berkenaan.

Setelah selesai, dia kemudiannya memasukkan telefon itu ke dalam beg sebelum beredar.

Namun, bak kata pepatah, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua kerana dia ditahan di luar rumahnya setengah jam selepas meninggalkan kedai tebabit.

Ketika kejadian, penggera kedai berbunyi menandakan ada barang yang dicuri namun staf kedai itu tidak perasan kerana wanita itu licik berlakon bahawa dia sedang mencuba telefon yang dipamerkan.

Artikel berkaitan: Suami Isteri Jual Anak Umur 8 Bulan Semata-mata Nak Beli iPhone 14 Untuk Upload Reels

Staf kedai akhirnya perasan bahawa ada telefon yang hilang apabila mereka iPhone itu hilang dan ada kesan gigitan pada wayar anti curi tersebut.

Difahamkan, wanita itu pada mulanya datang ke kedai itu untuk membeli telefon baru selepas telefon lamanya hilang.

Namun, harga telefon yang terlalu mahal membuatkan dia memutuskan untuk mencuri Iphone tersebut.

Sebab inilah pentingnya untuk kita ukur baju di badan sendiri. Telefon jenama lain pun banyak jugak yang best walaupun bukan keluaran Apple kan. 

Sumber: Mothership.sg

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.