Nama ‘Kuantan’ tiba-tiba trending di X baru-baru ini gara-gara salah satu watak dalam anime yang diminati ramai Jujutsu Kaisen telah menyebut destinasi tersebut dalam episod terbaru yang dikeluarkan minggu ini. (Maaf spoiler)
Sekiranya korang memang mengikuti anime tersebut, jangan teruskan pembacaan kerana akan ada spoiler lagi dalam perkongsian kali ini.
Dalam episod ke-42 yang ditayangkan hari ini (24 November) tersebut, Kento Namami, ada menyebut yang dia ingin melawat Kuantan di Malaysia, lebih tepat, pantai di Kuantan sebelum kematiannya.
“Malaysia. That’s right. Malaysia. I should go to Kuantan.” – Nanami Kento#JujutsuKaisen #呪術廻戦ファントムパレード pic.twitter.com/eTy3y9ZVPa
— kaeryn (@hikaeryn) November 23, 2023
Episod tersebut bermula dengan Namami yang penuh luka di badan merayau di stesen Shibuya selepas terselamat daripada pertempuran dengan musuh.
Setelah itu, dia ke bahagian bawah bangunan yang dipenuhi dengan ‘curse spirit’ di dalam siri berkenaan yang menyebabkan dia tiada pilihan lain melainkan melawan mereka.
Artikel berkaitan : “Sampai nangis sebab excited” – Peminat Mechamato Teruja Dapat Tengok ‘Kota Hilir’ Di Melaka
Artikel berkaitan : 7 Siri Anime Terpanjang Dunia, Ada Yang Dah 50 Tahun Bersiaran!
Ketika inilah Namami mengucapkan terima kasih pada dirinya sebelum menyebut bait berikut “Malaysia, ya benar, Malaysia. Saya patut ke Kuantan”
Selain itu, dia juga mengatakan akan membina sebuah rumah di pantai yang kosong dan menghabiskan masa dengan membaca buku yang menimbun di rumahnya.
Pun begitu, episod ini juga agak emosional buat peminat kerana di episod ini juga Namami akan maut setelah dibunuh oleh musuh.
Tidak terhenti disitu, peminat Jujutsu Kaisen dengan pantas meneka pantai yang dimaksudkan Namami selain ada juga yang telah menandakan lokasi peringatan buat watak tersebut di Pantai Kempadang.
Agak-agak korang, pantai mana yang Namami maksudkan?
Sumber : X