in

“Kristal dari Austria” – Busana RM 250K ‘Founder’ Jenama Tudung Buat Netizen Terkedu

Fndr Tdng

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Buat yang update dengan jenama fesyen tempatan, pasti pernah mendengar tentang jenama Bawal Exclusive kan? Jenama ikonik untuk tudung bawal itu sudah bertapak di Malaysia selama 25 tahun.

Pengasasnya, Haliza Maysuri menjadi bualan ramai hujung minggu lepas kerana memakai busana berharga RM 250K yang direka oleh pereka fesyen tempatan, Rizalman.


Difahamkan, busana itu dipakai bersempena sambutan 25 tahun jenama tersebut dan ianya begitu mahal kerana busana tersebut mendapat fabrik daripada United Kingdom serta batu kristal daripada Austria.

Lebih mengagumkan, busana itu mengambil masa hampir setahun kerana kesemua batu-batu itu dijahit menggunakan tangan sahaja.

“Alhamdulillah saya berpuas hati, apalah sangat kita saling support saling usahawan, why not?

Saya berbangga beli busana mewah daripada pereka tempatan daripada beli busana dari negara luar,” katanya.

“Nampak classy!”

Perkongsian founder jenama tudung itu sudah pastinya membuatkan ramai netizen terkedu dengan harganya, ramai juga yang merasakan Haliza layak memakai busana sebegitu selaras dengan kejayaannya dalam bidang perniagaan.

Cats 52

Fuh, memang nampak classy lah!

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.