Seorang kanak-kanak tempatan berusia 12 tahun di Manchester, United Kingdom baru-baru ini telah membanggakan Malaysia dengan menu-menu uniknya dalam rancangan British Junior Bake Off.
Baker cilik bernama Aisya Syahrul ini dikatakan telah berjaya mencuri perhatian para juri dengan sangat konsisten sehingga dia mara ke peringkat akhir!
Program yang sudah sampai ke musim ke-7 itu menyaksikan 16 peserta berumur lingkungan 9 hingga 15 tahun ini telah mula disiarkan pada 10 Januari lalu.
Pada saingan awal, Aisya akan bersaing dengan tujuh finalis lain bagi Minggu Akhir program itu di mana salah seorang daripada mereka bakal dinobatkan sebagai juara Junior Bake Off.
Walaupun tiada wang tunai sebagai hadiah utama, namun pemenang akan membawa pulang sebuah ‘trophy cake stand’ kaca serta penghormatan untuk dinobatkan sebagai peserta terbaik musim itu.
Wow! Aisya masukkan elemen menu tempatan dalam resepi
Aisya telah pun mula menonjol sejak cabaran “Technical Bakes and Showstopper Challenges” lagi di mana ia memerlukan peserta menggunakan resepi mereka sendiri. Dalam cabaran tersebut, Aisya telah menarik perhatian ramai dengan menunya yang sangat terperinci dengan elemen menu warisan Malaysia.
Manakala, dalam cabaran biskut pertamanya, dia telah mencipta kotak biskut ‘About Me’ yang dihiasi dengan bunga raya! Dia juga ada menggunakan serbuk kari yang kebiasaannya digunakan para suri rumah Malaysia untuk membuat pai isi ayam, kentang dan kacang serta menghiasi kerak painya dengan bendera Jalur Gemilang dan Union Jack di atasnya.
Bukan itu sahaja, Aisya juga telah menarik perhatian ramai dalam satu cabaran “Dessert Imposter” yang paling diingati sehingga viral di media sosial melalui akaun British Bake Off. Chef cilik ini telah mencipta Kek Sate Ayam yang dilengkapi dengan hiasan daun pisang, hirisan bawang dan timun serta kuah kacang!
Melalui video yang sudah viral di Twitter ini, Aisya menjelaskan bahawa sate di atas keknya itu sebenarnya doh biskut yang boleh dimakan bersama sos karamel yang kelihatan seperti kuah kacang kerana ia ditaburi dengan kacang tanah di atasnya.
Looking to fool some dinner party guests? Make some trick chicken satay! Nice work, Aisya. #GBBO pic.twitter.com/8Y6YCsMDv9
— British Bake Off (@BritishBakeOff) January 20, 2022
Kek Sate Ayam ciptaan yang sangat bijak!
Ciptaan kreatif Aisya itu telah mendapat pujian daripada para juri. Mereka juga kagum dengan rasa kek itu secara keseluruhannya dan telah menjadikannya sebagai “Star Baker” bagi episod itu.
“Nampak klasik dan cantik”
Menurut Aisya yang merupakan anak sulung daripada tiga adik beradik ini, dia mula belajar memasak daripada ibu dan neneknya. Dia juga suka menggunakan perisa dan bahan-bahan masakan tempatan dalam menu masakannya serta banyak mendapat petua daripada neneknya di Malaysia melalui video call.
“Saya mahu roti saya telah dirasai dari sudut pandangan profesional supaya saya boleh mendapat maklum balas yang lebih baik dan menjadi tukang roti yang lebih baik,” kata remaja berusia 12 tahun itu.
Aisya akan bertanding dalam ‘Minggu Akhir’ bermula pada hari Isnin, 24 Januari, dan akan berakhir dengan pertarungan pada hari Jumaat, 28 Januari.
Good luck Aisya! Kami di Malaysia support awak dari jauh!
Baca: Masak Char Kuey Teow Di Majlis Kahwin Sendiri, Ramai Puji Kisah Cinta Peniaga Doktor Ini Sweet!