Sekarang semakin ramai rakyat Malaysia yang boleh melancong ke luar negara dengan adanya penerbangan tambang murah.
Tapi bahaya kalau kita nak ke luar negara dan tak buat research, sediakan duit mencukupi atau ambil insurans perubatan.
Banyak dah kes rakyat Malaysia jatuh sakit sewaktu bercuti dan terpaksa tanggung kos perubatan yang tinggi.
Leher sakit sebelum demam
Tapi berbeza dengan kes dialami adik wanita bernama Rozita ni yang kini ditahan di wad ICU Rinku General Medical Center, Osaka, Jepun.
Ia dikatakan bermula apabila adiknya beritahu lehernya sakit sebelum dia demam semasa berada di Tokyo.
Rozita yang kini menetap di Jepun terus bergerak ke Tokyo untuk bertemu adiknya Aisyah sebelum dia dijumpai dalam keadaan tidak bermaya di depan pintu rumah penginapan.
Ada pendarahan kecil di tekak menyebabkan infection dan merebak
Aisyah segera dibawa ke hospital berdekatan menggunakan ambulans.
Dan selepas membuat check-up, rupa-rupanya ada pendarahan kecil di tekak Aisyah sehingga menyebabkan ada infection dan ia telah merebak ke jantung dan paru-parunya!
Seramnya, siapa sangka tekak berdarah je dah terus boleh jadi macam tu!
Terpaksa panggil pakar otak
Demi keselamatan Aisyah, doktor segera membuat pembedahan.
Keadaannya yang agak kritikal menyebabkan pakar otak juga terpaksa dipanggil bagi memastikan otaknya dapat menerima kadar oksigen yang mencukupi.
Selepas pembedahan, Aisyah ditempatkan di wad ICU dan dijangka akan berada di situ selama 2 hingga 3 minggu.
Dan dia terpaksa diikat bagi mengelakkannya menarik tiub-tiub yang dipasang di badan kalau tersedar.
Walaupun begitu, keadaan Aisyah masih belum stabil.
Bil rawatan 2 hari termasuk operation mencecah RM150,000
Doktor juga memberitahu Aisyah kemungkinan memerlukan satu lagi pembedahan kecil dalam masa 2 minggu lagi.
Walaupun baru 2 hari di sana, bil rawatannya termasuk operation dah mencecah RM150,000!
Dan polisi insurannya pula hanya cover sehingga RM300,000 dan memerlukan dia membayar dahulu sebelum boleh membuat tuntutan.
Alamak, susahnya jadi macam ni!
Lepas ni nak travel ke mana-mana, kena bersedia ambil insurans perubatan dulu.
Bagi mereka yang ingin menolong, korang boleh menghulurkan bantuan ke akaun Rozita seperti berikut:
SITI ROZITA BINTI SABAR
MAYBANK: 164017035432
CIMB : 7007664003
JAPAN POST BANK: 10170-86475391 (acct Japan)
No telefon : +817041030326
Baca: Nedim Tunai Janji, Biaya Rawatan Bayi Eczema di Pusat Perubatan Swasta