in

Kos Guaman Cecah RM1.3 Juta, Keluarga Penyanyi Bea Soba Bea Nafi Jual Tanah & Rumah

bea soba bae mahkamah peguam rm1.3juta

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Keluarga kepada penyanyi wanita Kelantan yang popular dengan lagu ‘Bea Soba Bea’ yang kini ditahan reman di Penjara Narathiwat, Thailand, nafi mereka akan menjual tanah dan rumah demi menanggung kos guaman yang dipercayai mencecah RM1.3 juta (10 juta baht).

Menurut ahli keluarga terdekat, mereka tidak pernah terfikir untuk menjual harta dan mendapatkan khidmat guaman yang mencecah jutaan ringgit itu.


Katanya lagi, mereka juga berasakan masih belum tiba masanya bagi mereka untuk mendapatkan khidmat peguam selepas ‘terkejut’ mendengar kos yang ditawarkan.

211224nstPrison01 1734855264

Artikel berkaitan: “Itu hak masing-masing” – Komposer Tak Kisah Orang Tukar ‘Bae Soba Bae’ Kepada ‘Bea K*da Bea’

Artikel berkaitan: Penyanyi Wanita Popular Kelantan Ditahan Berkaitan Kes Dadah Di Sungai Golok

Saya ingin menafikan laporan berita semalam yang mengatakan keluarga kami sanggup menjual tanah dan rumah semata-mata untuk kos guaman di Thailand.

“Kami tiada rancangan lagi hendak ambil khidmat guaman sebab kami merasakan belum tiba lagi masanya,” katanya.

Individu ini yang juga jurucakap kepada keluarga penyanyi itu berkata, mereka hanya akan mengambil keputusan susulan mengikut keadaan nanti.

Terdahulu, penyanyi wanita popular dari Kelantan itu antara enam individu yang ditahan Polis Thailand dalam serbuan di sebuah hotel di Pekan Sungai Golok pada 1 November lepas.

441448255 840156281491418 8739479297579502125 n

Penahanan penyanyi itu bersama lima lagi individu adalah bagi membantu siasatan berkaitan rampasan 6,000 biji dadah dipercayai pil kuda.

Keenam-enam mereka ditahan selama 84 hari atau hampir tiga bulan bagi membantu siasatan.

Penyanyi itu juga dilaporkan berkata, keluarganya menolak dua peguam dari Thailand yang nenawarkan kos sebanyak RM1.3 juta setiap sorang untuk kendalikan kes beliau.

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.