Korang pernah ada pengalaman duduk serumah dengan pesakit Covid tak? Kepada sesiapa yang berpengalaman tu mesti korang agak panik kan masa awal-awal?
Pada yang belum pernah berdepan dengan situasi sebegini, korang boleh try baca perkongsian daripada seorang lelaki daripada negara Kanada ni supaya korang tak panik kalau satu hari nanti tiba-tiba terjadi dalam keluarga korang.
Melalui laman Twitter, Joey Fox yang merupakan seorang jurutera dalam bahagian pengudaraan dari Toronto, Ontario ini telah berkongsikan pengalamannya berjaya ‘menyelamatkan’ keluarganya daripada penularan Covid-19.
https://twitter.com/joeyfox85/status/1493685067126030337?s=12
Menurut tweet daripada Joey ini, isterinya telah jatuh sakit pada awal minggu lalu dan sah dijangkiti virus Covid-19. Pun begitu, seluruh ahli keluarganya yang lain mendapat keputusan negatif dan dia memberitahu bahawa mereka tidak pernah berdepan situasi pengasingan sebegini dan anak-anak memakai pelitup muka sepanjang hari.
Jadi, Joey berkongsikan 3 perkara utama yang dia fokuskan sepanjang menghadapi situasi ini:
1. Ambil vaksin
Menurut Joey, mereka sekeluarga telah pun lengkap divaksin termasuk boosters kecuali anaknya yang berusia 3 tahun. Justeru, baginya vaksin antara salah satu faktor utama yang membantu mereka sepanjang melawan wabak Covid-19 daripada menular dalam rumahnya.

2. Pakai pelitup muka setiap masa
Di samping pengudaraan yang baik dan bersih, Joey juga akan pastikan keluarganya sentiasa memakai pelitup muka dengan betul. Mereka menggunakan pelitup muka N95 atau CAN99 jenis ear loops. Manakala, isterinya pula memakai pelitup muka KN95 bila dia perlu, ataupun memakai surgical mask yang diikat.

3. Pengudaraan yang baik & bersih
Sepanjang tempoh kuarantin, Joey sentiasa pastikan agar pengudaraan rumahnya dalam keadaan baik dan bersih. Dia sentiasa meletakkan Corsirosenthal Box (CR Box) di ruang makan dan ruang anak-anaknya bermain. Isterinya yang positif akan makan selepas waktu mereka makan ataupun makan di ruangan yang berasingan.

Selain itu, mereka juga sentiasa memasang humidifiers dalam semua bilik tidur pada setiap malam. Kata Joey, mereka akan sentiasa mengekalkan kelembapan udara rumah pada kadar 40% RH, namun oleh sebab cuaca sejuk, mereka kekalkan kelembapan pada kadar 30% RH.
Pun begitu, Joey berdepan kesukaran dalam memastikan anak-anak kecilnya kekal berada di dalam bilik masing-masing sepanjang kuarantin. Oleh hal yang demikian, dia akan sentiasa pastikan tingkap biliknya dibuka bagi memastikan ada pengudaraan keluar masuk selain daripada menggunakan CR Box dan humidifiers.
Di samping itu, satu lagi kesukaran yang dihadapi olehnya ialah untuk menjaga anaknya berusia tiga tahun yang masih belum divaksin. Pada masa yang sama, cuaca sejuk sehingga mencapai suhu -10 darjah Celcius turut menyukarkan mereka untuk berada di luar atau membuka tingkap dalam masa yang lama.
Kesimpulannya, Joey memberitahu penularan jangkitan Covid-19 dapat dielak melalui pengambilan vaksin, pemakaian pelitup muka yang betul, dan pengudaraan rumah yang baik dan bersih.
So, korang lepasni dah takpayah nak panik kalau andai kata korang terpaksa duduk sebumbung dengan pesakit Covid. Try tips daripada Joey ni!
Baca: Pelepasan Cukai Sehingga RM 1,000 Untuk Kit Ujian Kendiri & Vaksinasi Covid-19

