in

Korang Pun Boleh Cantik Macam Blackpink! Amalkan 6 Tips Penjagaan Kulit Ini

F2 Sc Bp

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kumpulan BLACKPINK merupakan antara artis Korea Selatan yang bukan sahaja terkenal di negara mereka, namun juga di seluruh dunia. Tak pelik lah kalau jumlah pengikut mereka di Instagram dah menghampiri 50 juta!

Selain berbakat dalam menari dan menyanyi, ahli BLACKPINK iaitu Rose, Jisoo, Lisa dan Jennie ini juga popular dengan kecantikan mereka yang tersendiri.


https://www.instagram.com/p/Bv6FoDgn7CX/?utm_source=ig_web_copy_link

Jangan risau, korang pun boleh dapatkan kulit yang flawless macam mereka. Ikuti sahaja enam tips penjagaan kulit seperti yang diamalkan oleh artis K-Pop ini!

#1 Cuci muka dengan kaedah Double Cleansing 

Langkah pertama untuk kulit cantik ialah kena sentiasa cuci muka dengan pencuci muka yang sesuai dengan kulit masing-masing. Kalau kulit korang jenis berminyak, elakkan guna cleanser untuk kulit kering.

Kaedah Double Cleansing ini memang sinonim dalam kalangan orang Korea di mana mereka akan cuci wajah dengan oil cleanser terlebih dahulu sebelum mencuci muka dengan pencuci muka biasa.

Step ini sangat penting terutamanya untuk korang yang pakai mekap setiap hari.

#2 Guna lip scrub dengan kerap 

Jangan ingat kulit muka je kena exfoliate tau sebab bibir pun perlu penjagaan yang rapi terutamanya kalau anda seorang yang pakai gincu dengan kerap.

So, guna lah scrub bibir untuk buang sel-sel kulit mati pada kawasan tersebut. Antara jenama lip scrub yang bagus di pasaran ialah Innisfree, Sephora Lip Scrub, Etude House dan Bubblegum Lip Scrub.

Screenshot 494

Untuk korang yang tak pernah skrub bibir, step ini dilakukan sebelum tidur sebanyak 3-4 kali seminggu. Jangan lupa juga untuk pakai pelembab bibir lepas buat langkah ni.

#3 Buat urutan wajah lepas pakai pelembab 

Ramai dah tahu pakai moisturizer atau pelembab merupakan step yang paling basic dalam penjagaan kulit.

Namun, tak semua tahu bahawa untuk urutan wajah ketika pakai pelembab boleh membantu mengurangkan penuaan?

Boleh ikut cara yang dikongsikan oleh YouTuber ini untuk urut wajah dengan betul.

#4 Pakai facial masks dengan kerap 

Selain pakai serum dan moisturizer, kaum wanita dan lelaki juga disarankan untuk pakai facial masks sekurang-kurangnya 2-3 kali seminggu.

Sama macam Jisoo BLACKPINK ini sebab dia dikatakan memiliki kulit jenis kering, jadi dia perlu pakai sheet mask dengan kerap iaitu 2-3 kali sehari, lapor Daily Vanity.

Kebanyakan jenama sheet masks boleh didapati dengan mudah di drugstore seperti Watson dan Guardian. Lebihan essence yang ada pada mask tu pula boleh dipakai pada leher dan tangan.

#5 Makan makanan yang berkhasiat 

Tak ada gunanya juga kalau korang spend beratus ringgit untuk beli skincare products tapi dalam masa yang sama, korang banyak makan makanan segera dan bergula.

https://www.instagram.com/p/BwB6JsjHe-t/?utm_source=ig_web_copy_link

Ini kerana sedikit sebanyak gaya pemakanan akan mempengaruhi juga kesihatan kulit.

Menurut Zoom TV Entertainment, Jennie dikatakan pernah mendedahkan bahawa dia akan elakkan dari mengambil makanan tinggi garam. Sebaliknya, dia banyak minum jus buahan segar dan jus detox.

#6 Ambil makanan yang mempunyai kolagen 

Selain itu, ahli BLACKPINK juga dikatakan sangat rajin makan sup kolagen yang dimasak menggunakan resepi ibu kepada Rose.

Difahamkan, makanan yang tinggi kandungan kolagen boleh memberikan anda kulit yang anjal. Antaranya makanan yang boleh kita cuba ialah ayam, buah beri, tomato dan kekacang.

Pendek kata, selain pakai produk kecantikan, kita juga kena rajin makan sayur dan buah kalau nak wajah tanpa cela. Kalau kulit dah flawless nanti, mekap pun akan jadi lebih smooth je kan.

Apa-apa pun, semuanya bergantung pada diri masing-masing, dan yang penting, sayangi diri anda. 

Sumber: Daily Vanity, Zoom TV Entertainment, Healthline 

Baca: “Boleh saya bawa awak makan malam?”- Lelaki Sanggup Letak Papan Billboard Untuk Dapat Perhatian Jennie BLACKPINK

Screenshot 493

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.