in

Kontroversi Pertandingan Miss Universe Indonesia, Peserta Dakwa Penganjur Ambil Gambar Bogel Tanpa Izin

Ft Miss Indonesia Gambar Bogel

Pertandingan ratu cantik ‘Miss Universe’ Indonesia yang berakhir baru-baru ini terpalit dengan kontroversi yang mana peserta peringkat akhir pertandingan tersebut mendakwa gambar tanpa pakaian mereka telah diambil oleh penganjur selain ada finalis yang mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual.

Menurut laporan detik, tiga daripada finalis telah tampil untuk membuat laporan polis dan berkongsi kepada pihak media tentang apa yang diharungi oleh mereka ketika proses ‘body checking’.

Tiga finalis tersebut, R, L dan J mendakwa pihak penganjur telah meminta untuk memeriksa tubuh mereka semasa sesi percubaan baju sempena malam grand final tersebut.

Konferensi Pers Miss Universe Indonesia 2 169

Menurut salah seorang dari mereka yang dikenali sebagai J, dia merupakan finalis pertama yang menjadi mangsa. Pihak penganjur telah meminta dirinya untuk masuk ke sebuah bilik kayu dan diminta untuk membuka bahagian atas pakaiannya.

Tambahnya lagi, perkara tersebut mengejutkan kerana bilik berkenaan sempit dan terdapat ramai orang yang tidak dikenali dan juga terdapat beberapa orang lelaki ketika proses berkenaan.

Pun begitu, dakwaan gangguan seksual pada pertandingan ratu cantik Miss Universe (MUID) Indonesia, polis Jakarta telah mengesahkan bahawa siasatan polis sedang dijalankan selepas finalis pada Isnin (7 Ogos) ada memfailkan laporan polis yang menamakan PT Capella Swastika Karya (PT CSK) sebagai ‘pesalah’ kerena mereka merupakan pemegang lesen Miss Universe di Indonesia.

Ketua Sub Direktorat Belia, Kanak-Kanak dan Wanita di Polis Wilayah Metropolitan Jabodetabek, Yuliansyah, yang hanya menggunakan satu nama, memberitahu pemberita pada Selasa bahawa polis sedang meneliti kes itu dan akan memanggil mangsa untuk menjelaskan laporan mereka, menurut Detik.

Kes ini difahamkan tular selepas perkongisan yang dilakukan oleh Sally Giovany, Pengarah MUID di Bali.

Menurut posting berkenaan, Sally tidak bersetuju dengan prosedur ‘body-checking’ yang memerlukan peserta untuk berbogel dan diambil foto, tambahnya lagi, perkara tersebut melanggar peraturan kerana foto peserta tersebut boleh tersebar.

Menurut media tempatan, pengarah visual MUID Rio Motret mengesahkan gambar bogel lima finalis telah diambil manakala kesemua 30 peserta disuruh berbogel.

365625175 17928013268741522 1948821556112399716 N 1

Anggraini dan Pengarah Kebangsaan MUID Jawa Barat, Rizky Ananda Musa berkata, laporan polis itu dikuatkan dengan tiga lagi dakwaan gangguan seksual pada pertandingan ratu cantik itu.

Menurut CNN Indonesia, Musa mendakwa bahawa tiga pelajarnya dipaksa membuka coli mereka di hadapan penganjur dan bukti dalam bentuk dokumen surat, gambar dan video turut dikemukakan bersama laporan polis itu, menurut CNN Indonesia.

Selain kejadian berkenaan, seorang lagi peserta yang dinamakan ‘R’ turut mendakwa menerima gangguan seksual ketika proses mengambil gambar tersebut berlaku. Selain diminta untuk menunjukkan gaya yang tidak sesuai (terkangkang) ketika berbogel, dia juga mendakwa seorang krew telah bertindak untuk menyentuh bahagian sulitnya.

Sumber : CNA 

Baca : Influencer Sado Meninggal Dunia Masa Workout, Polis Siasat Mungkin Ada Unsur Jenayah

Ft Polis Siasat Mungkin Ada Unsur Jenayah

Sumber: Detik
Sumber: Instagram