Umum mengetahui, kumpulan muzik terkemuka dunia Coldplay bakal membuat persembahan di Malaysia pada 22 November ini bagi siri jelajah mereka, Music of The Spheres.
Namun, hari ini bagi siri jelajah yang sama, Coldplay akan membuat konsert selama 6 hari di negara jiran kita iaitu Singapura pada awal tahun hadapan.
Perkara itu membuatkan ramai peminat ‘koyak’ kerana ia dilihat seperti tidak adil, pengurusan konsert itu setakat hari ini masih belum mengumumkan sebarang tarikh tambahan untuk konsert di Malaysia. #MasihBerharap
Hari ini, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq menerusi Twitter miliknya memberitahu mengapa ianya sesuatu yang merugikan buat Malaysia dan kita seakan terlepas ‘loteri ekonomi’.
Coldplay buat tour 6 HARI di Singapura ?
Semalam 5 hari, harini tambah lagi tarikh!
Kita apa cerita? Nak buat satu pun banyak halangan.
Tapi apa kena mengena dengan Malaysia?
We actually missed an economic LOTTERY,
And here's why.
Ini adalah thread ?
— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) June 20, 2023
Dalam thread tersebut, Syed Saddiq berkata Singapore National Stadium mempunyai kapasiti yang boleh memuatkan 50,000 orang dan harga purata tiket ialah RM600.
Ini bermakna, 1 hari keuntungan lebih kurang RM30 juta dan apabila digandakan dengan 6 hari, jumlah kutipan cecah RM180 juta, ataupun lebih.
Beliau turut berkata, bukan sahaja harga tiket dapat memberi keuntungan kepada sesebuah lokasi konsert itu tetapi ia juga termasuk harga tiket penerbangan, perbelanjaan harian dan bermacam lagi.
Datang jauh-jauh naik flight, tak kan pergi konsert untuk 2-3 jam je.
Mestilah ada makan-makan, jalan-jalan.
Anggarkan seorang belanja RM500 untuk SATU HARI.
1,000 pelancong = RM500 ribu.
6 hari = RM3 JUTA!
This is a huge sum of money that can be generated. ??
— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) June 20, 2023
“Point saya adalah, ketika kita sibuk bertengkar mengenai Malaysia menganjurkan konsert, negara di luar sana merebut peluang keemasan untuk menjana lebihan ekonomi.
Dulu kita boleh buat anggaran 40-50 konsert setahun! Sekarang? Makin banyak rintangan & keluhan. Malaysia tidak boleh terus melepaskan peluang ini,” tulisnya.
Sebagai info, konsert jelajah Music of The Spheres itu akan diadakan di Singapura selama 6 hari dari 23 hingga 31 Januari 2024.
Korang rasa betul tak apa YB ni cakap?
Baca: Coldplay Buat Konsert Sampai 6 Hari Di Singapura, Fans Malaysia Nak ‘Merajuk’