Pendedahan demi pendedahan dapat kita lihat tentang sisi gelap GISBH dan perkara yang diamalkan oleh jemaah dari bekas ahli.
Antara dakwaannya seperti bahagian tubuh badan Abuya yang dianggap sebagai ‘berkat’ dan kes-kes amang seksual yang berlaku di asrama serta bermacam-macam lagi.
Perkara yang sama juga dikongsikan salah seorang lagi bekas ahli jemaah itu iaitu @zoeybell319 atau lebih mesra dengan gelaran Kakak Hensem di TikTok. Wanita ini ada kongsikan pengalamannya sepanjang berada di bawah naungan organisasi tersebut.
Artikel berkaitan : “Sampai sekarang mak trauma” – Anak Bekas Ahli Tertinggi GISB Dedah ‘Sisi Gelap’ Organisasi
Artikel berkaitan : Bekas Ahli Dedah Diperhambakan, Kerja Tanpa Gaji & Kena Tunggu Giliran Kalau Nak Jumpa Pasangan
Dalam satu sesi podcast, wanita ini ada menceritakan bahawa dirinya seorang yang rebellious, sering kali berpindah tempat kerana sikap degilnya itu. Tak cukup dengan itu, dia juga sering dilabel sebagai individu yang tidak taat berbanding dengan pelajar yang lain.
Kelakuannya yang suka mempersoalkan kembali apa yang diajar, ponteng kelas dan lari dari sekolah itu membuatkan dia antara pelajar yang sukar dibendung pada waktu itu.
Selain itu, antara isu yang dia dedahkan adalah para jemaah akan melakukan satu tabung kutipan untuk mendapatkan ketakwaan dan mereka menggunakan sumbangan atas nama agama iaitu ‘sumbangan untuk agama Islam’ kepada para jemaah.
Ia membuatkan wanita ini tertanya-tanya ke mana wang tersebut disalurkan sampaikan dia mula terperasan ada orang atasan yang mahu menempah tiket penerbangan kelas pertama untuk menunaikan umrah. Bukan itu sahaja, wanita ini turut mendedahkan bahawa anak-anaknya pernah didera oleh pengasuh.
Anak dibuli dan didera
Suaminya yang juga anak kepada ‘orang kuat’ dalam jemaah itu ada memintanya untuk menghantar anak-anak ke sebuah pusat jagaan di mana terdapat lebih kurang 30 orang kanak-kanak di rumah tersebut dan mereka mengaburi mata orang awam dengan menggunakan nama rumah anak yatim dan rumah asnaf.
Sepanjang dia menghantar anaknya di situ, dia melihat ada sesuatu perkara aneh berlaku kepada anak-anaknya. Antaranya duit mereka diambil dan kelakuan anak berubah sampai jadi ketakutan. Setelah diselidik, difahamkan penjaga tersebut ‘merampas’ wang anak-anaknya untuk diberikan kepada anak penjaga itu sendiri.
Malah wanita ini juga pernah dimarahi oleh penjaga rumah tersebut kerana bimbang penyumbang tak datang kerana pihak penjaga akan menipu yang semua anak-anak jagaannya adalah anak yatim.
@crowdedroompodcast Ep 199,200,201 | The Zoey Story I Aku Bekas Al Arqam | Rufaqa | Gisb out now only on #spotify #CapCut #fyp #fypsg #fypmy #singapore #sgpodcast #podcast #podcastclips #gisb cult@🦄•kakak_hensem•official•🇸🇬 @Shamir Feroz @DeeAshburn🍉
Ketaksuban terhadap Abuya
Dalam pada itu, wanita ini ada juga menceritakan tahap ketaksuban para jemaah itu terhadap Abuya, bahkan ketika umur masih muda dirinya sendiri antara orang yang terlalu mempercayainya.
“Ada yang percaya dia seorang wali akhir zaman, dia seorang pemilik zaman, kalau Abuya izinkan so jadi lah.”
Bahkan ada yang mendakwa bahawa kejadian bencana alam Tsunami pada tahun 2004 adalah ‘kerja’ Abuya.
“Dia cakap apa tau, Abuya nak bersihkan kawasan Pulau Pinang, masa tu pada tarikh yang sama ada konsert di Pulau Pinang ke Acheh gitu, jadi Abuya memang nak bersihkan kawasan tu, dalam kalangan kita memang akan berbual pasal tu.”
Malah kesemua jemaah mempunyai pegangan ARSA, iaitu Allah, Rasulullah, Saidi & Abuya di mana doa itu dipanjatkan kepada Allah, memberikan pujian dan junjungan buat Rasul dan disekalikan dengan Saidi & Abuya.
“Aku pernah sampai kena hukum, ‘kamu minta Abuya tu ampunkan kamu, selagi Abuya tak ampunkan kamu, kamu ingat Allah nak pandang dengan kamu ni?'”
@crowdedroompodcast Ep 199,200,201 | The Zoey Story | Aku Bekas Al Arqam | Rufaqa | Gisb out now only on #spotify #CapCut #fyp #fypsg #fypmy #singapore #sgpodcast #podcast #podcastclips #gisb #cult @🦄•kakak_hensem•official•🇸🇬 @Shamir Feroz @DeeAshburn🍉
Lagi panjang sebenarnya podcast ni, memang leka dengar dia bercerita, macam manalah dia rasa sepanjang hadapi situasi itu.
Sumber : TikTok