in

Konon Bayaran ‘Proses Penghantaran’, Warga Emas Rugi RM 64 Ribu Gara-gara ‘Parcel Scam’!

warga nigeria parcel scam ditahan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang pesara berusia 62 tahun berasal dari Petaling Jaya mendakwa ditipu selepas berkenalan dengan seorang wanita warga Berlin sekitar bulan Mac lalu dan kes tersebut kemudiannya telah dilaporkan ke Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.

Menurut pihak PDRM, pesara tersebut difahamkan telah berkenalan dengan seorang wanita dipercayai warga Berlin melalui laman sosial Facebook sebelum berterusan ke aplikasi Whatsapp dengan wanita berkenaan menggunakan nombor telefon antarabangsa.


Difahamkan, sepanjang tempoh perkenalan yang singkat tersebut, pesara mendakwa suspek berjanji akan menghantar beberapa barangan seperti komputer riba, jam tangan digital, rantai emas, jersi bolasepak serta wang tunai berjumlah 20,000 Euro sebagai hadiah kepadanya.

scam banner

Selepas itu, pengadu difahamkan telah menerima sebuah pesanan dariapda individu yang memperkenalkan diri sebagai Patrick dari syarikat penghantaran dan mendakwa barangan yang dihantar oleh wanita tersebut telah berada di Malaysia.

Pengadu diminta untuk membayar RM1,750 sebagai kos proses penghantaran serta beberapa kos lain. Namun, walaupun beberapa bayaran dibuat, syarikat penghantar tersebut dikatakan masih meminta bayaran lain dengan memberikan pelbagai alasan.

Sudahnya, pengadu telah membuat beberapa transaksi bayaran ke pelbagai akaun berbezsa dengan jumlah kerugian difahamkan sebanyak RM64,000.

125997582 129661025622816 8092046174119702415 n

Susulan daripada itu, pengadu bertindak untuk membuat laporan dan siasatan dijalankan sebelum berjaya menahan empat lelaki warga Nigeria yang disyaki terbabit dalam kes penipuan ‘parcel scam‘ ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, kesemua suspek berusia antara 30-an hingga 40-an itu ditahan di sebuah restoran makanan segera di Sri Damansara.

Suspek akan direman selama empat hari bagi siasatan lanjut dijalankan. Kes akan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan selain pelbagai barangan yang disyaki mempunyai kaitan dengan kes penipuan itu turut dirampas.

Baca : PDRM Sahkan Wanita Paling Ramai Terjerat Dengan ‘Scam’ Termasuk ‘Love Scam’

PDRM Sahkan Wanita Paling Ramai Terjerat Dengan Scam Termasuk Love Scam

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.