in

“Konon atas nama pertanian” – Sultan Pahang Dukacita 14,494.908 Hektar Tanah Kerajaan Diceroboh

sultan pahang dukacita tanah diceroboh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah sebanyak 14,494.908 hektar tanah kerajaan telah diceroboh dan diusahakan secara haram dengan tanaman sawit, getah, durian dan pelbagai hasil bumi.

Baginda bertitah, musuh utama di Pahang bukan sekadar dadah dan penjenayah, tetapi pencerobohan tanah haram di negeri itu.


Lebih empat dekad masalah pencerobohan tanah secara haram

“Lebih malang, 5,997.09 hektar hutan simpanan kekal (HSK) juga telah diceroboh kononnya atas nama pertanian tetapi hakikatnya perompakan terbuka terhadap harta negeri.

“Masalah ini bukan baru bermula semalam, ia telah berakar sejak lebih empat dekad yang lalu dan ia berlaku tanpa pengetahuan beta.

“Namun, bukan niat beta untuk mengungkit kisah lama atau menambahkan kekusutan. Kita tidak mahu terus dibelenggu oleh bayang-bayang masa silam.”

Artikel berkaitan: “Saya pun naik darah juga” – Isu Ceroboh Tanah, Sultan Pahang Ingatkan Rakyat

Artikel berkaitan: Harga Durian Di Malaysia Bakal Turun, China Dah Berjaya Tanam ‘Raja Buah’ Sendiri?

IMG 20240730 WA0006

Sehubungan itu, demi menghentikan kemelut pencerobohan tanah, baginda menegaskan bahawa tidak akan ada sebarang kelulusan baharu oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang bagi mana-mana permohonan tanah yang telah diceroboh secara haram.

Al-Sultan Abdullah menegaskan perkara itu adalah prinsip yang tidak boleh dikompromi demi kedaulatan undang-undang serta menjaga amanah kepada negeri dan rakyat.

Dukacita ada pihak sokong pencerobohan

Al-Sultan Abdullah juga mengingatkan kepada pemimpin politik supaya tidak terpengaruh dengan kepentingan politik hingga mengetepikan hukum dan perbuatan yang salah.

“Apa yang lebih mendukacitakan terdapat segelintir pihak, termasuk individu yang seharusnya menjadi contoh dan pembela kepada undang-undang, sebaliknya memilih untuk menyokong perbuatan tidak bertamadun, cukup memalukan.

“Tindakan sedemikian bukan saja mencemarkan imej institusi, bahkan boleh menjejaskan kedaulatan pentadbiran negeri,” titahnya.

Dalam pada itu, baginda memuji tindakan tegas kerajaan negeri dan Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP) yang sudah mula bertindak, termasuk menutup lombong haram dan memotong tanaman yang ditanam tanpa kebenaran.

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.