in

Kongsi Post Tentang Fakta Nasi Lemak, Warganet Banjiri Ruangan Komen Facebook CIA

Nasi Lemak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Akaun Facebook Central Intelligence Agency (CIA) atau Agensi Perisikan Pusat baru-baru ini telah menjadi tumpuan rakyat Malaysia apabila akaun Facebook rasmi CIA itu telah memuat naik satu hantaran tentang fakta berkenaan makanan kegemaran rakyat Malaysia iaitu nasi lemak.

Dalam hantaran berkenaan, CIA telah berkongsikan fakta tentang nasi lemak yang merangkumi apa itu nasi lemak dan cara ringkas bagaimana nasi lemak dimasak.


Selain itu, hantaran tersebut juga turut memuat naik gambar nasi lemak yang lengkap dengan sambal, ikan bili dan kacang goreng, telur rebus dan timun.

Nasi Lemak

Artikel Berkaitan: Dakwa Cipta Jala Udang, Mat Salleh Ini Kena Perli Dengan Orang Malaysia

Artikel Berkaitan: “Nak potong tegak atau serong?”- Ini Cara Terbaik Potong Nasi Himpit Agar Dapat Cicah Rendang Lebih Banyak

Dalam hantaran yang sama juga, telah dijelaskan bahawa perkongsian fakta tentang nasi lemak itu merupakan sebahagian daripada maklumat yang dikongsikan bersempena World Factbook CIA.

CIA’s World Factbook merupakan sumber awam yang menyediakan fakta-fakta menarik tentang pelancongan, masyarakat, sejarah dari negara-negara di seluruh dunia.

Perkongsian Facebook CIA tentang fakta nasi lemak itu sudah tentu telah menarik perhatian ramai rakyat Malaysia yang dapat dilihat telah membanjiri ruangan komen akaun Facebook CIA itu.

Rata-rata mereka mengatakan bahawa nasi lemak memang dimakan oleh rakyat Malaysia sepanjang hari, tak kira untuk sarapan, makan tengah hari atau makan malam.

Lepas tengok post CIA tu, rasanya min pun kena makan nasi lemak untuk sarapan pagi ni…

Sumber: Facebook Central Intelligence Agency

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.