in

“Komen macam kenal lama, duduk serumah” – Abby Abadi Nasihat Netizen?

marissa abby

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Video memaparkan ahli keluarga Abby Abadi dan Norman Hakim dalam satu majlis mendapat perhatian ramai apabila dilihat anak mereka iaitu Marissa Dania turut berkumpul bersama keluarganya.

Tidak hanya Abby dan Norman, ibu tirinya, Memey Suhaiza juga dilihat berkongsi video sama. Dalam video berkenaan, mereka sekeluarga yang tampil sedondon, kelihatan gembira berkumpul bersama-sama.


Menerusi perkongsian video itu, pelbagai reaksi yang ditinggalkan netizen. Walaupun ramai yang memuji ketabahan yang dipamerkan Abby dan Norman sebagai ibu bapa Marissa, ada juga yang sempat memerli susulan kontroversi yang tercetus sebelum ini.

Artikel berkaitan: “Macam mana pun tetap anak” – Berpeluk & Bersuap Makan, Netizen Terharu Lihat Marissa Berkumpul Dengan Keluarga

Artikel berkaitan: “Mana datang statement ni?” – Abby Abadi Bersuara Isu Anak Nikah Di Thailand

 

View this post on Instagram

 

A post shared by abbyabadi_112 (@mamayebbyyabadi)


Terbaharu, Abby menerusi satu hantaran di Instagram Story menulis panjang lebar dipercayai memberi respon kepada video yang dimuat naik itu.

Abby dilihat menasihati netizen yang meninggalkan komen kurang senang terhadap keluarga mereka.

“Ada manusia yang tak suka tengok orang berbaik, orang bahagia… tapi follow IG orang.

“Ada tu tak follow pun tapi bila kita post komen macam kenal lama, macam duduk serumah… macam serba pandai tentang hidup orang.

“Siapa-siapa yang serba tak puas hati tu, pergi berubat OK. Nampak macam sakit tu.. Minta Allah bantu… Dunia dah di akhir-akhir ni… Jaga diri,” tulisnya.

IMG 9192 1

Dalam pada itu, Abby juga berterima kasih kepada mereka yang meninggalkan ucapan dan doa yang baik-baik kepada keluarga mereka.

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.