in

“KKM rampas 502 jenis ubat” – Warga Bangladesh Jadi Doktor Palsu Siap Tawar Perkhidmatan Perubatan

syaz ft 2025 01 24T163523.211

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Warga asing di negara kita ini banyak membantu dari segi ekonomi namun ada juga individu yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan dengan melaksanakan perniagaan atau perkhidmatan haram.

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menyerbu 10 lokasi klinik doktor warga asing di sekitar Kuala Lumpur dan menahan 10 lelaki warga Bangladesh yang menyamar sebagai doktor palsu.


Artikel berkaitan: Kes Selamba Ceroboh Rumah Kosong, 3 Warga Bangladesh Ditahan Polis

Artikel berkaitan: “Ada yang bawa senjata” –  Pelajar Malaysia Di Bangladesh Kongsi Detik Cemas Ketika Di Sana

Ketua Pengarah JIM, Datuk Zakaria Shaaban bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjalankan satu Operasi Khas di 10 lokasi sekitar Kuala Lumpur iaitu enam lokasi di Jalan Tun Tan Siew Sin, dua lokasi Leboh Pudu dan satu lokasi di Jalan Silang semalam.

cats 21

“Berdasarkan aduan awam dan maklumat risikan yang dijalankan selama dua minggu, pasukan operasi diatur gerak ke lokasi premis perniagaan dan berjaya menahan 10 orang lelaki warganegara Bangladesh berusia antara 31 hingga 50 tahun.

Hasil semakan awal mendapati seorang yang ditahan memiliki Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) Sektor Perkhidmatan, enam orang memiliki PLKS Sektor Pembinaan, dua orang tinggal lebih masa manakala seorang lagi tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan atau pas yang sah untuk berada di negara ini,” katanya.

Beliau turut berkongsi pasukan operasi JIM merampas peralatan doktor palsu, ubat-ubatan dan wang tunai RM800 dipercayai adalah hasil rawatan dan jualan ubat.

“Kegiatan ini berselindung di sebalik kedai makan atau kedai runcit bagi mengaburi pihak berkuasa. Bayaran rawatan dan penjualan ubat-ubatan yang dikenakan adalah sebanyak RM50 hingga RM200 bagi setiap pelanggan warganegara Bangladesh dan dipercayai telah beroperasi selama satu tahun,” katanya lagi.

Malah, pihak KKM juga merampas sebanyak 502 jenis ubat tidak berdaftar dan nilai rampasan dianggarkan sebanyak RM265,192.00.

Difahamkan, modus operandi yang digunakan adalah menawarkan perkhidmatan rawatan pesakit melalui doktor warganegara Bangladesh yang tidak bertauliah dan mensasarkan warganegara Bangladesh sahaja.

Sumber: Harian Metro

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.