in

KJ Perjelas Tuduhan Tak Divaksin Selepas Tular Imej Status Vaksinasi ‘Sedang Diproses’

kj sudah divaksin bukti

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, tular di media sosial satu screenshot yang memaparkan butiran peribadi dan status vaksinasi COVID 19 milik Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

KJ MPM 1583749231

Menerusi tangkap layar tersebut, status janji temu menteri terbabit dinyatakan sebagai ‘SEDANG DIPROSES’ manakala butiran lain seperti lokasi pusat vaksin, tarikh dan masa janji temu tidak pula dinyatakan.


Perkara berkenaan kemudian telah mencetuskan kontroversi apabila ada pihak yang menuduh Khairy tidak mengambil vaksin berikutan statusnya yang masih ‘diproses’.

 

“Laman sesawang tidak lagi aktif” – KJ

Walau bagaimanapun Khairy menerusi satu posting di Facebook hari ini menjelaskan bahawa screenshot yang kini sedang tular itu palsu dan laman web yang digunakan untuk memeriksa status tersebut kini sudah tidak aktif lagi.

Untuk makluman, laman sesawang tersebut diwujudkan pada peringkat awal pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) bagi memudahkan urusan semakan kepada orang awam.

“Walau bagaimanapun, selepas kadar vaksinasi populasi dewasa mencapai 90 peratus pada bulan Oktober 2021, laman sesawang tersebut tidak lagi aktif atau dikemas kini,” katanya.

Khairy juga memberitahu yang dia sudah mendapatkan vaksin dos pertama CoronaVac pada 18 Mac 2021 dan menerima dos kedua pula pada 8 April 2021 lepas.

Dia juga sudah menerima dos penggalak pada September lalu sebelum berlepas ke Himeji, Jepun untuk menghadiri satu mesyuarat penting.

https://www.facebook.com/100044598962055/posts/468384527991509/?d=n

 

Menteri Kesihatan juga pada masa yang sama meminta orang ramai untuk tidak terpengaruh dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab untuk menidakkan usaha vaksinasi negara.

Harap tiadalah lagi yang sebarkan berita palsu begini pada Menteri Kesihatan kita. 

Baca: 80 Peratus Remaja Dijangka Terima Vaksin Menjelang Januari 2022 – Khairy Jamaluddin

KJ abah

Sumber: BH

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.