in

KJ Didakwa Takkan Sertai Mana-mana Parti Politik, Tapi Sedia Bantu PN Untuk PRN

Ft Kj Ts Muhyiddin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, tular satu foto yang menunjukkan bekas Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin bergambar dengan Perdana Menteri ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin, disebabkan itu timbul desas-desus bahawa Khairy Jamaluddin dikatakan bakal menyertai Perikatan Nasional (PN).

Susulan itu, Berita Harian melaporkan bahawa bekas Ketua Pemuda UMNO itu tidak akan menyertai mana-mana parti politik mahupun menubuhkan parti baharu dalam waktu terdekat ini. Ia dinyatakan oleh sumber terdekat PN berkenaan dengan foto pertemuan itu.


Walau bagaimanapun, sumber menyatakan bahawa Khairy Jamaluddin (KJ) bersedia untuk bekerjasama dengan PN dalam PRN nanti.

Screenshot 2023 06 20 170345

“KJ dah nyatakan tidak akan sertai BERSATU atau mana-mana parti politik pada masa ini mahupun tubuhkan parti baharu.”

“Bagaimanapun beliau (Khairy) sedia untuk bantu bawa gelombang rakyat dalam kempen kami (PN) pada PRN nanti.”

Namun begitu, masih belum ada sebarang maklum balas daripada KJ berkenaan isu ini. Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Razali Idris telah mengesahkan pertemuan antara Muhyiddin dan Khairy itu diadakan di kediaman Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara, namun tidak mendedahkan sebarang butiran lanjut berikutan tidak turut serta dalam pertemuan itu.

Untuk rujukan, Mei lalu, Pengerusi PN itu telah mengemukakan tawaran kepada KJ untuk menjadi Ahli Pimpinan Tinggi BERSATU selepas mendapat persetujuan pimpinan parti yang lain.

Muhyiddin dilaporkan berkata, partinya mempunyai dua kekosongan jawatan berkenaan, tanpa niat ‘mengumpan’ bekas Ahli Parlimen Rembau itu.

Baca  : “P*kyu Moktar Radin” – KJ Dedah Bung Moktar ‘Penentang’ Usaha Kerajaan Buat Larangan Merokok

Kj Pakyu Bung Moktar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.