in

“Kita tahu kau nak sangat ex aku tu, kahwin je lah!” – Sarah Yasmine

Syaz Ft 2024 10 17T130405.528

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari ini pelakon sensasi Ruhainies dan Aliff Aziz hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi prosiding sebutan semula kes khalwat yang berlaku di sebuah kondominium di ibu negara pada 8 Mac lalu.

Pun begitu, perbicaraan kes tersebut ditetapkan pada Februari tahun depan dan kedua-dua pihak bersetuju dengan tarikh-tarikh yang dicadangkan.


Artikel berkaitan: “Saya harap tiada lagi kekeliruan” –  Aliff Aziz Nafi Tarik Semula Kes Mahkamah Sarah Yasmine

Artikel berkaitan: Aliff Aziz Kata ‘Enjoy The 5 Minute Of Fame’, Sarah Yasmine Dedah Dia Ucap ‘Goodbye’ Dulu

Turut menarik perhatian ialah komen kekasih gelap Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine yang merupakan pempengaruh di Singapura.

Menurut laporan Kosmo!, Sarah meninggalkan komen berbaur sindiran itu di sebuah portal hiburan yang memuat naik hantaran berkenaan prosiding tersebut.

Cats 14

“Pakai ‘mask’ sebab tak nak dikecam. Kena tangkap kes khalwat tak malu. Banyak senyum saja.

Dia (Ruhainies) suka sangat sindir aku. Yelah, kita tahu kau nak sangat ‘ex’ (bekas kekasih) aku tu, kahwin sajalah.

Semua tahu kau nak sangat kahwin. Buka saja ‘mask’ kau. Kita tahu kau gembira kena tangkap,” tulisnya.

Sebagai info, pempengaruh itu sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi apabila dia berkongsi video mesra bersama Aliff serta mendedahkan tangkap layar perbualan pelakon itu dan Ruhainies yang dikatakan berkomplot untuk menjatuhkan Bella Astillah.
Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.