Teguran daripada pendakwah bebas PU Syed berkenaan dengan kemenangan Tan Sri Michelle Yeoh baru-baru ini telah mendapat perhatian ramai pihak, sebelum ini, pelakon Elvina Mohamad telah tampil memberikan respon dan kali ini, usahawan Nur Sajat pula memberikan pendapatnya.
Mengulas dakwaan yang mengatakan bahawa kemenangan Michelle Yeoh tidak memberi manfaat kepada agama, Sajat anggap dakwaan itu adalah tidak relevan untuk dipertikaikan.
Orang bukan beragama Islam pun nak mengutuk, susahlah – Sajat
Selain mempertikaikan teguran PU Syed terhadap Michelle Yeoh yang bukan beragama Islam, Sajat menjelaskan bahawa, ucapan tahniah itu bukanlah bermakna orang ramai menyokong, tetapi adalah untuk meraikan kejayaan pelakon itu.
“Orang yang bukan seagama Islam pun nak kutuk-kutuk, susah lah. Kita ni cakap congratulation bukan bermakna kita menyokong. Kita ni cuma meraikan kejayaan dia, salah kalau kita meraikan benda macam tu pun tak boleh fikir, perangai macam budak-budak.”
Jelasnya lagi, sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama, adalah satu perkara yang perlu diraikan jika seseorang itu telah membawa nama negara di luar.
“Kita kan duduk dalam pelbagai budaya, pelbagai agama, salah kalau kita, salah kalau kita meraikan benda macam tu pun you nak buat sebagai racist dia sebagai pelakon.”
@sajatperempuanfuh KITA HANYA MENYOKONG KEJAYAAN DATO MICHELLE YEOH #sajat #nursajat #fyp #fypシ #fypシ゚viral #viral
Video yang telah meraih 70K jumlah tontonan di TikTok itu telah menarik perhatian netizen, rata-rata bersetuju dengan pendapat yang diberikan oleh Sajat.
Well said – Netizen
Dalam pada itu ramai yang memuji dengan cara Sajat yang mencurahkan pendapatnya. Hurm, apa pula pendapat korang? Apapun, mungkin PU Syed hanya sekadar untuk beri peringatan sahaja kepada kita.
Baca : “Ternganga aku dengar” – Komen Isu Konsert Blackpink, Netizen Puji Sajat Bijak Hal Ekonomi