Memang hangat diperkatakan di media sosial berkenaan kes mahkamah bekas perdana menteri kita iaitu Dato’ Seri Mohd Najib Bin Abdul Razak yang kini telah dipenjarakan di Penjara Kajang baru-baru ini.
Ramai juga di antara rakyat Malaysia yang meluahkan rasa sedih terhadap keputusan mahkamah termasuklah anaknya, Nooryana Najwa yang sering meluahkan rasa rindu kepada ayahnya di laman Instagram miliknya.
Cucu Najib Razak luah rasa rindu
Terkini, Nooryana Najwa telah memuat naik sebuah foto di laman Instagram yang memperlihatkan anak sulungnya yang memegang sekeping kertas dan meluahkan rasa rindu terhadap atuknya yang kini sedang dibicarakan di mahkamah.
https://www.instagram.com/p/Ch_TZBhBIi9/?hl=en
“Kita ke pejabat atuk ke mummy?”
Menurut hantaran itu juga, Adam sering bertanya soalan kepada ibunya berkenaan situasi di kawasan mahkamah itu.
“Kenapa banyak pak cik bawa senapang besar dekat dengan atuk?”
“Sebab pak cik tu taknak apa-apa terjadi pada atuk, sayang..”
Adam Razak hadir bersama ibunya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini susulan perbicaraan kes Najib berhubung penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berjumlah RM2.28 bilion.
Baca: ‘Caramel Macchiato’ Trending Gara-gara Yana Najib Tak Beli Starbucks Teringatkan Bapa Di Penjara?