Kalau tak silap, beberapa tahun lepas viral satu kes cabul melibatkan seorang pelajar dari maahad tahfiz yang telah diasaskan oleh seorang ustaz selebriti yang terkenal.
Kes ini boleh dikatakan agak sensasi jugalah kerana ia dedahkan oleh dua individu yang terkenal di media sosial iaitu Wardina Safiyyah dan Syed Azmi, seorang aktivis sosial. Pun begitu, kita tak tahu apakah kesudahan kes ini dan nasib pelajar dicabul tersebut hingga sekarang. Korang boleh baca lebih lanjut di sini.
Ibu mangsa buka mulut, luah rasa kecewa kerana kes akhirnya ditutup?
Lepas bertahun-tahun fight untuk kes anaknya, ibu mangsa akhirnya buka mulut di Facebook dan menjelaskan apa yang berlaku kepada anaknya.
Menurut Johanna Sarah, kes tersebut rupanya telah ditutup sebanyak dua kali dan menurut DPP, pihak polis telah membuat siasatan dan keputusannya… tiada pendakwaan dilakukan. Antara alasannya, korang bacalah di bawah.
“Jika perkara ini benar. Apalah yang kita nak harapkan dari pihak polis, dari sistem penghakiman kita?”
“Makcik belum mampu memaafkan kamu dan makcik berdoa agar kamu tidak akan menyakiti orang lain seperti mana kamu buat pada anak makcik”
Kalau benarlah semua ini berlaku, admin sangat bersimpati kepada ibu dan anak ini kerana menurut perkongsian Akhi Fairuz Al-Jengkawi di Twitter, anak tahfiz tersebut sampai kena rujuk ke Hospital Tanjung Rambutan bagi jalani rawatan pemulihan dan psikiatrik di sana. Allahu…
Marilah kita doa yang terbaik buat mereka….
Baca: Jijik! Warden Didakwa Liwat Dan Cabul Pelajar Tahfiz Beberapa Kali Sebelum Kantoi Dan Larikan Diri