Selepas 17 tahun dipukul, dibiarkan kelaparan dan dirantai ke katilnya, Jordan Turpin melarikan diri pada tahun 2018 untuk menyelamatkan 12 adik-beradiknya daripada ibu bapa mereka yang kejam.
Tak dapat pendedahan dunia luar
Disebalik sifat ceria yang ada pada ibu bapanya di mata orang ramai, Jordan Turpin dan adik beradik merana kerana ibu bapanya mendera, menyeksa mengurung mereka selama bertahun-tahun.
Ibu bapanya, David dan Louise Turpin, adalah orang Kristian Pentakosta (orang taksub dengan dan didakwa telah mendapat utusan untuk melahirkan anak seramai mungkin). Mereka telah memberikan 13 anak mereka dengan hanya satu hidangan sehari, sekali mandi dalam setahun, dan kerap dibuli, dipukul serta mencekik mereka.
Jarang sekali kanak-kanak Turpin dibenarkan keluar, namun apabila dapat peluang, jiran-jiran rumah mereka yang terletak di di Perry, California, menyatakan keadaan mereka sangat pucat dan kekurangan zat makanan.
@jordan_turpin
Menurut sumber, rumah mereka penuh dengan najis manusia, haiwan peliharaan yang mati, sampah dan makanan yang telah tamat tempoh. Itulah persekitaran yang Jordan hidup sebelum dia menamatkan semuanya.
Turpin yang pada waktu itu berumur 17 tahun dengan beraninya melarikan diri pada tahun 2018 sebelum menghubungi 911 dan ibu bapanya dipenjarakan.
Sejak itu, Turpin telah memikul tanggungjawab untuk melindungi adik-beradiknya dan telah mengumpulkan peminat yang ramai dan diberikan sumbangan kepada mereka semua untuk makan.
“Sekarang saya mampu untuk memberikan semua adik-beradik saya beberapa hadiah yang sangat bagus dan berikan mereka menikmati makanan yang enak tahun ini,” kata Turpin dalam salah satu video TikToknya.
“Saya sangat gembira dan bersyukur kerana dapat melakukannya. Saya berharap suatu hari nanti saya boleh membantu anda dan orang lain, sama seperti anda telah membantu saya. Ia sangat bermakna bagi saya.”
Tapi macam mana Jordan Turpin dapat melarikan diri? Apa yang adik beradik dia kena hadap sepanjang waktu itu? Ikuti kisahnya secara terperinci…
Zaman childhood Turpin dibesarkan di dalam ‘rumah puaka’
Jordan Turpin dilahirkan pada tahun 2001 di Perry, California. Bapanya, David Allen Turpin, berasal dari Mercer County, West Virginia. Ibunya, Ann Louise Robinette-Turpin, bersekolah di sekolah menengah yang sama dengan suaminya. David Turpin berusia 24 tahun ketika dia berkahwin dengan Robinette yang berusia 16 tahun di bandar Pearisburg pada tahun 1985.
David Turpin belajar dalam jurusan kejuruteraan komputer di Virginia Tech University dan kemudian bekerja di 2 buah syarikat yang bernama Lockheed Martin dan Northrop Grumman. Pasangan itu berpindah ke Fort Worth, Texas, dan mempunyai anak sulung pada tahun 1988.
Jordan Turpin berusia 13 tahun apabila keluarga besar itu berpindah ke California pada 2014 dan jiran-jiran mendapati treler mereka yang ditinggalkan di Texas penuh dengan najis, sampah, kucing mati dan tali yang diikat pada bingkai katil.
Jordan Turpin mengimbau hidupnya hanya “kebuluran” di rumah. Dia ambil kepingan ais atau sebarang perasa untuk makanan dan tidak dibenarkan menggunakan bilik mandi.
Apa yang menjijikkan, dia dan adik-beradiknya terpaksa mencalit najis mereka di atas permaidani. Walaupun ibu bapanya mendakwa bahawa mereka mendapat didikan di rumah (homeschooling), Jordan Turpin menyatakan bahawa mereka hanya ‘dididik’ dalam bentuk penderaan fizikal.
“Satu-satunya perkataan yang saya tahu untuk memanggilnya ialah ‘neraka,'” kata Turpin.
Turpin teringat menghabiskan sebahagian besar masanya di dalam bilik tidur bersama dua adik perempuannya yang dirantai selama berbulan-bulan.
Apabila diberi makan, mereka diberi roti bersalut mentega kacang atau kerepek dan burrito beku. Jika ada yang merayu untuk diberi makan lebih, adik beradik yang minta itu akan dipukul dengan tali pinggang atau dihentak ke dinding.
Jordan Turpin menyatakan, dirinya sangat terasing dari dunia luar sehingga dia tidak pernah jumpa doktor gigi.
Adik perempuannya yang berumur 11 tahun mengalami kekurangan zat makanan sehinggakan saiz lengannya menyerupai kanak-kanak berusia empat bulan. Kali terakhir Jordan berjumpa dengan adiknya itu ialah pada tahun 2013 sebelum doktor menyelamatkannya.
Pada tahun 2016, dia mencuri salah satu telefon ibu bapanya untuk melihat Justin Bieber dan bertekad untuk merasai dunia luar.
“Saya tidak tahu di mana kami akan berada jika kita tidak menonton Justin Bieber. Dari situ, Saya mula menyedari bahawa ada dunia yang berbeza di luar sana … saya mahu merasainya.”
Bertekad nak cabut lari
Jordan Turpin terus diam-diam menggunakan telefon ibu bapanya. Dia akhirnya mengenali platform media sosial dan mula berkomunikasi dengan orang ramai. Seorang pengguna bertanya kepadanya mengapa dia sentiasa berjaga pada waktu malam dan tidak pernah keluar rumah.
“Saya memberitahunya bahawa saya benar-benar tidak pergi ke sekolah, dan saya tidak dibenarkan pergi ke halaman belakang atau halaman depan dan saya sentiasa dikurung di dalam rumah, saya memberitahunya bagaimana kami makan dan bagaimana kami tidak dibenarkan bangun dari katil dan orang itu seperti, ‘Ini tidak betul, awak kena hubungi polis.'”
Kemudian, salah seorang adik-beradik Jordan memberitahu ibu merekamengenai dunia luar, namun, Louise Turpin membalas dengan mencekik anak perempuannya itu dengan ganas. Ia membuatkan kesabaran Jordan sampai ke penghujung, dia mula menyusun rancangan untuk melarikan diri dengan pertolongan adik beradiknya.
“Saya fikir saya akan mati pada hari itu, selepas sepanjang hari itu berlaku, saya kerap bermimpi ngeri bahawa dia akan membunuh saya.”
Kakaknya, Jennifer Turpin, cuba melukis peta kejiranan mereka. Ia agak primitif kerana kedua-duanya tidak menghabiskan banyak masa di luar.
Namun memandangkan salah seorang adik beradik mereka secara rahsia ada menonton ‘polis’ di televisyen, dia memberitahu bahawa Jordan perlu menghubungi nombor 911 untuk buat laporan.
Masa menjadi sangat getir apabila Jennifer dan Jordan Turpin terdengar ibu mereka menjerit tentang rancangan untuk berpindah ke Oklahoma pada 14 Januari 2018.
Jordan teringat memikirkan bahawa “ada kemungkinan besar bahawa sesetengah daripada kita akan mati” disebabkan oleh keadaan kekurangan zat makanan yang dialami oleh dia dan adik-beradiknya.
Jennifer menggalakkan Jordan untuk mengambil gambar rumah dan adik-beradiknya yang dikasari sebelum melarikan diri.
Jordan mencuri telefon bimbit rahsia abangnya untuk berbuat demikian. Pada masa itu, dua kanak-kanak Turpin dirantai hanya kerana mereka telah mencuri gula-gula ibu mereka. Salah seorangnya telah ‘ditahan’ selama 15 hari berturut-turut.
Berjaya larikan diri dan ibu bapanya telah ditangkap
Berazam untuk melarikan diri sebelum keesokan harinya, Turpin menyandarkan bantalnya di bawah selimut supaya kelihatan seolah-olah dia sedang tidur. Dia mengemas beg kecil dan memanjat keluar dari tingkap bilik tidurnya tetapi terkaku di luar kerana dia tidak pernah melihat kaki lima. Namun, beberapa saat kemudian, dia dengan berani menghubungi polis.
“Saya tidak tahu arah mana yang hendak dituju, saya sangat takut. Saya cuba dail 911, tetapi ibu jari saya tidak dapat menekan butang kerana saya sangat menggeletar. Saya memberitahu mereka segala-galanya, kami tidak pergi ke sekolah, kami hidup dalam kekotoran, kami kelaparan, jika saya pergi, kami tidak akan kembali.”
Apabila Jabatan Syerif Daerah Riverside menyerbu rumah itu, mereka mengesahkan dakwaan Jordan dan menangkap David dan Louise Turpin di tempat kejadian.
Mereka berdua didakwa dengan 12 pertuduhan mengurung, 12 pertuduhan penderaan, 7 pertuduhan penderaan orang dewasa, dan 6 pertuduhan penderaan kanak-kanak bagaimanapun mengaku tidak bersalah. Namun, pada 22 Februari 2019, mereka dijatuhi hukuman penjara seumur hidup.
Jadi TikTokers & raih lebih 700K pengikut
Jordan Turpin kini telah menggunakan media sosial dalam usaha untuk menanggung adik-beradiknya.
Turpin kini mempunyai lebih 700,000 pengikut di TikTok. Dia kerap memuat naik video dirinya menari atau berterima kasih kepada orang yang sudi memberinya sumbangan.
“Saya suka menolong orang lain! Suka menari dan menulis lagu!”,kata Turpin di bio TikTok yang kini mempunyai 160,000 pengikut lagi di Instagram.
@jordan_turpin @people #beatysquad love you guys!???
“Hei kawan-kawan, saya ingin mengucapkan terima kasih banyak atas semua kasih sayang dan sokongan, desiapa yang telah mengikuti saya atau menonton video saya, saya sangat menghargai anda dan saya sangat menyayangi anda.”
Apabila ditanya secara langsung apa yang dia mahukan untuk hidupnya, Turpin menjelaskan bahawa….
“Mungkin seorang kanak-kanak suatu hari nanti, kereta yang bagus, dapat tamatkan pengajian kolej, menjadi penulis buku, atau penceramah motivasi. Apabila saya mempunyai anak, saya mahu memastikan saya berada di tempat yang baik … Saya mahu nama keluarga Turpin diingati sebagai nama kekuatan saya.”
Baca : “First time dengar suara dia” – Khaby Lame Kongsi Kisah Inspirasi, Bercakap Sendiri Dalam Video Ini