in

Khemah Dipacak Atas Jalan Raya Utama Hilang, Individu Dakwa Kena Khianat

Khemah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal berlangsung pada 12 Ogos ini, kita boleh lihat setiap parti yang bertanding berusaha keras berkempen untuk mempromosikan calon-calon mereka.

Ada yang memacak bendera di tepi jalan, dan ada juga yang meletakkan kayu sepanduk atau bunting dengan wajah calon terpampang luas buat tatapan ramai.


Dakwa dikhianati

Terbaharu, seorang individu mendakwa pihaknya telah dikhianati oleh parti lain selepas khemah pusat yang dipasangnya hilang selepas sehari didirikan.

Menerusi hantaran di media sosial itu, akaun itu mendakwa pihaknya telah mendirikan khemah untuk dijadikan pusat buat partinya di N22 DUN Teratai.

Bagaimanapun, pihaknya kurang berpuas hati apabila mendapati khemah tersebut sudahpun dialihkan oleh pihak tertentu pada keesokan harinya tanpa diberitahu.

Individu ini turut menyalahkan sebuah parti lain yang didakwa dalang disebalik kejadian ini.

1 1

Pacak atas jalan raya utama

Hantaran tersebut ternyata tular di media sosial dan mendapat perhatian ramai pihak. Ternyata dakwaan pihak tersebut yang mendakwa mereka dikhianati oleh parti lain menerima maklum balas berbeza daripada warganet.

Hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet mendakwa mereka telah mendirikan khemah di atas jalan raya utama dan ia telah mengganggu pengguna jalan raya yang lain.

Malah menerusi gambar yang dikongsikan, jelas kelihatan khemah tersebut didikan di sebelah petak kuning dan betul-betul sebelum simpang kiri sebuah jalan. Menurut seorang individu, khemah tersebut wajar dialihkan dan ia tidak berkaitan dengan parti lain.

“Kalau boleh pacak kat highway plus terus bang. Lepas tol tu pasang khemah kat situ”, tulis seorang individu.

“Tepi sangat tu bang, tengah sikit. Dekat area kotak kuning tu, area tu memang tapak pacak khemah”, komen seorang individu secara berseloroh.

Sebenarnya tidak salah untuk kita berkempen dan menyebarkan maklumat berkenaan calon sesebuah parti, namun janganlah sampai mengganggu lalu lintas dan menyusahkan orang lain.

Kredit: bersatubukitbendera

BACA: Tun M Ramal PN Menang Besar, Mampu Tawan 5 Negeri Kecuali Pulau Pinang

Cats 18

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.