in

“Keutamaan ketika ini adalah nyawa…” – Sultan Selangor Perkenan Selangor FC Tidak Hadir Ke Piala Sumbangsih

Syaz Ft 49

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Susulan kes simbah asid pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim, DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj perkenan dengan tindakan skuad tersebut untuk menarik diri dari Piala Sumbangsih yang bakal diadakan esok.

Menerusi Instagram Selangor Royal Office, baginda bagaimanapun menzahirkan rasa kecewa kerana pihak Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) menolak permohonan Selangor FC supaya menangguhkan perlawanan itu.


Artikel berkaitan: JDT Kecewa Keputusan Selangor FC, Harap Pertimbang Semula Isu Tidak Hadir

Artikel berkaitan: “Wake up gift” – Hotel Penginapan Pemain & Staff Selangor FC Dikejutkan Dengan Bunga Api Jam 3 Pagi?

“Selaku Penaung Selangor FC, Baginda berpandangan, susulan berlakunya beberapa insiden mengancam nyawa yang melibatkan pemain dan pegawai baru-baru ini, adalah bertepatan untuk pasukan Selangor FC tidak menyertai perlawanan berkenaan yang juga merupakan aksi pertama Liga Super edisi 2024.

Baginda bertitah, keutamaan ketika ini adalah nyawa serta keselamatan para pemain, dan bukannya untuk memenangi piala berkenaan,” tulis kenyataan itu.

Bukan sahaja isu keselamatan yang dipandang serius, malah titah baginda keadaan moral pasukan yang masih terganggu dan terkesan dengan insiden tersebut juga perlu diambil kira.

Dalam pada itu, baginda turut mahu semua pihak memahami bahawa insiden baru-baru ini adalah serius kerana melibatkan nyawa pemain dan berlaku hampir dengan tarikh perlawanan.

Selaku penaung Selangor FC, baginda bertitah bahawa Selangor FC sedia berdepan dengan apa juga tindakan, susulan daripada keputusan untuk tidak hadir ke perlawanan ini.

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.