in

Ketua Polis Negara Minta Rakyat Malaysia Jaga-Jaga Jika Bercuti Ke Thailand Sempena Deepavali Ini

Ft Thailand Bercuti 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mana-mana rakyat Malaysia yang merancang untuk bercuti ke sempadan Thailand, mereka diminta untuk mengambil langkah berjaga-jaga ekoran dengan kejadian 7 serangan dan pengeboman di wilayah selatan pada 9 dan 10 Oktober lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, rakyat Malaysia juga perlu sentiasa peka dengan perkembangan terkini di negara itu terutama sekali di wilayah selatan yang bersempadan.


Artikel berkaitan : Lelaki Thailand Habiskan Masa Lebih Kurang 10 Jam Untuk Makan Di Restoran Bufet

Artikel berkaitan : Bas Sekolah Terbakar Di Thailand: Pemandu Ditahan Polis, Gagal Selamatkan Penumpang Ketika Bas Terbakar

Screenshot 2024 10 14 181717

“Saya percaya ramai rakyat Malaysia akan pergi ke wilayah selatan Thailand sempena cuti Deepavali yang akan datang.

“Selain meminta mereka lebih berhati-hati, saya juga ingin menasihatkan pelancong Malaysia supaya, jika boleh, mengelakkan kawasan yang menjadi sasaran pihak yang terbabit dalam serangan,” katanya.

Tegas beliau, rakyat Malaysia haruslah membaca situasi terkini yang membabitkan negara yang ingin mereka lawati.

“Rakyat Malaysia juga perlu mendapatkan maklumat terkini sebelum merancang bercuti ke negara berkenaan.”

Sebegai rujukan, sebanyak 7 serangan dan pengeboman yang dipercayai dilakukan oleh kumpulan pemberontak di wilayah selatan Thailand iaitu Narathiwat, Yala, dan Pattani dalam tempoh 24 jam bermula 9 Oktober, mengakibatkan kematian seorang anggota polis dan seorang penduduk.

Sumber : Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.